Usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila dia dan isteri Datin Seri Shahida melakonkan semula babak keadaan genting di wilayah bergolak, Palestin.
Berjaya menuai pelbagai kritikan daripada netizen, tindakan Aliff Syukri dianggap tidak sensitif dan tidak wajar dilakukan.
View this post on Instagram
Dalam video tersebut, pasangan suami isteri ini sedang beraksi seolah-olah diserang pengganas zionis dan cuba menyelamatkan diri berlatar-belakangkan bunyi senapang.
“Inilah keadaan di Palestin..inilah hero penyelamat negara.” tulis Aliff Syukri ringkas.
Menjengah ke ruangan komen, ramai pengguna media sosial tampil memberi komen dan menggesa agar Aliff Syukri lebih cakna dengan apa yang terjadi di sana dan tidak menganggap perkara tersebut sebagai sesuatu yang lawak.
Terdahulu, Aliff juga mencipta kontroversi di mana dia muncul dengan video pendek memegang dan memeluk wanita dalam mempromosikan tudung keluarannya, AS Hijab.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.