“Kami nak pasang bendera Palestin”
Itulah alasan diberi individu yang didapati berkumpul beramai-ramai didalam sebuah rumah tanpa penjarakan fizikal.
Pun begitu, setelah disiasat pihak polis, tiada bendera seperti didakwa dikawasan rumah tersebut. Apa kes?
Memetik laporan Metro, tindakan 13 individu ini berkumpul kemudiannya mengundang padah apabila mereka dikompaun RM4,000 seorang kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, anggota Balai Polis Gurun telah melakukan pemeriksaan di rumah berkenaan pada jam 10.30 malam tadi.
Sebaik sampai di lokasi, didapati seramai 10 lelaki dan tiga wanita berusia antara 27 hingga 45 tahun berada dalam rumah sedang bersembang dan makan dengan tiada penjarakan sosial.
“Apa jua alasan, mereka didapati tidak mematuhi SOP PKP dan dibawa ke IPD Kuala Muda untuk tindakan kompaun”
“Mereka tiada alasan munasabah berkumpul dengan tiada penjarakan sosial malah ketika itu sedang bersembang dan makan”
Hasil pemeriksaan mendapati mereka mempunyai hubungan rakan.
Mereka dikompaun di bawah Perkara 9 Peraturan Pencegahan Pengawalan Dan Penyakit Berjangkit (PDPPB) Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan (LLDKTJ) 2021. (Aktiviti terlarang Nombor 1).
Kompaun ini juga perlu menjelaskan dalam tempoh 14 hari dari tarikh dikeluarkan di Pusat Kesihatan Daerah.