Pempengaruh dan juga jurufoto, Haroqs akhirnya memotong gelang penjara yang dipakai ketika menjadi tahanan tentera Isr*el sekitar bulan Oktober yang lalu.
Perkara itu dikongsikan pemuda itu dalam sebuah video yang dimuat naik di media sosial baru-baru ini.
Dia juga ditemani rakan yang turut menyertai pelayaran Global Sumud Flotilla tempoh hari iaitu Zizi Kirana dan Ardell Aryana.
Ardell dalam pada itu sempat berseloroh kepada Haroqs mengenai keadaan terkini gelang tersebut yang sudah lusuh dan buruk.
Ya Allah, berkulat, hitam dah semua, ni kalau naik dekat otak ni kecut otak tau.
Tengoklah macam mana bentuknya. Kalau elok lagi okay sahaja.
Pelakon itu turut menzahirkan harapan agar Haroqs dapat menyertai sekali lagi misi kemanusiaan itu pada masa hadapan.
Semoga tahun depan Haroqs dapat pergi lagi. Kali ini Haroqs betul-betul break the siege. Semoga Palestin bebas suatu hari nanti..
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
