Berkira Dengan Ibu Bapa, Rezeki Jadi Sempit Dan Hidup Tidak Bahagia

Kehidupan

Berkira Dengan Ibu Bapa, Rezeki Jadi Sempit Dan Hidup Tidak Bahagia

Sebagai seorang anak kita tidak seharusnya merasa terbeban untuk memberikan sedikit daripada pendapatan kita kepada ibu bapa. Walaupun gaji tidak sebesar mana, terikat dengan komitmen dan hutang, asingkanlah sebahagian duit gaji untuk mereka walaupun sedikit.

Ibu bapa merupakan pintu rezeki

Percayalah perkara kecil yang kita lakukan mampu memberi kesan yang amat besar dalam kehidupan. Dengan berbakti kepada kedua ibu bapa, rezeki kita akan menjadi melimpah ruah dan hati akan menjadi lebih tenang.

Advertisement

Ramai yang tidak menyedari anugerah yang hebat ini, di mana kedua mereka boleh diumpamakan pintu untuk ke syurga dan doa dari mereka diumpamakan doa para nabi.

Gambar hiasan

Ramai kini yang menjadikan ibu bapa sebagai tempat untuk menjaga anak-anak mereka. Setelah ibu bapa bersusah-payah membesarkan kita dari kecil hingga dewasa, kini mereka dijadikan ‘pusat asuhan’ untuk anak cucu pula. Sering beralasan hidup kurang kemampuan dan sibuk bekerja, maka tiada masa untuk menjaga anak sendiri.

Sebenarnya barakah dalam kehidupan telah hilang. Mungkin inilah yang dikatakan oleh Rasulullah bahawa tanda kiamat apabila ‘seorang ibu melahirkan tuannya’.

Akhirnya ibu bapa yang sepatutnya menjadi pintu syurga menjadi ‘hamba’ kepada anak sendiri. Bila dah berkelapangan dan memiliki kekayaan barulah teringat untuk membalas jasa ibu dan bapa. Namun, mungkin waktu itu nanti semuanya telah terlambat. Tidak ada nikmat dunia lagi yang dapat menggembirakan mereka.  Ingin di bawa melancong, mereka sakit dan uzur. Ingin di bawa keluar makan, mereka perlu berpantang.

Gambar hiasan

Redha Allah terletak pada redha ibu bapa

Sekiranya kita terus berbakti dan tidak berkira dengan ibu bapa, pasti Tuhan akan mudahkan semua urusan kita dunia dan akhirat.

Ramai yang berkira dengan ibu bapa sendiri. Tidak pernah langsung terfikir untuk membawa mereka keluar makan di restoran mewah walau sekali. Memang mereka akan menolak jika dipelawa, tetapi percayalah mereka amat gembira dan bahagia jika anak-anak meluangkan masa untuk mereka walau seketika.

Tidak perlu tunggu kaya untuk berbuat kebaikkan kepada ibu bapa. Jika kita boleh berbelanja untuk pasangan kenapa perlu berat hati untuk melakukannya kepada insan yang melahirkan dan membesarkan kita.

Gambar hiasan

“Di luar sana, memang ramai orang “kaya”. Tapi majoritinya kaya palsu. Rumah besar, kereta mewah , tapi semuanya hutang. Hutang riba pulak tu. Harta mereka hanya kertas dan nombor dalam skrin, yang tiada nilai aset. Dan kehidupan itulah yang kau kejar. Yang penuh tipu daya. Bajet diva, tapi penuh riba. Aku sikit pun tak heran pada mana-mana orang kaya zaman sekarang sebab tahu mereka semua posers, fakers, palsu, cetak rompak.”

Jika diikutkan logik akal setiap kali kita mmebrikan wang kepada ibu bapa pastinya kweangan kita akan berkurangan. Namun, percayalah, rezeki kita akan datang beripat kali ganda.

“Seringgit kita kirim untuk menggembirakan mereka, Tuhan pasti balas beribu-ribu kali ganda.”

Gambar hiasan

Tuhan pasti memberi keberkatan dan rezeki yang datang tidak disangka-sangka. Doa ibu dan bapa tidak ternilai harganya.

Jangan sampai terlewat

Sekiranya masih ada ibu dan bapa, segeralah berbakti dan luangkan masa untuk mereka. Jangan nanti apabila hanya tinggal kubur mereka sebagai kenangan, barulah kita sedar dan meratapi. Maka tiada gunanya lagi walau ‘keluar tangisan darah’.

Semoga kita semua diberikan kekuatan untuk melaksanakan ibadah kepada kedua orang tua kita.

Sumber

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...