Berkeras Nak Cerita ‘Rahsia Gelap’, Wanita Terkejut Kisah Silam Suami Hampir Sama Dengan Diri Sendiri

Kehidupan

Berkeras Nak Cerita ‘Rahsia Gelap’, Wanita Terkejut Kisah Silam Suami Hampir Sama Dengan Diri Sendiri

Hidup berumah tangga semestinya memerlukan kejujuran daripada kedua-dua belah pihak kerana ianya penting untuk mengeratkan lagi hubungan suami isteri.

Akan tetapi, ada sesetengah rahsia sukar untuk diceritakan kerana ianya mungkin merosakkan perhubungan dan perit untuk diterima.

Advertisement

Begitulah yang dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok, di mana dia mahu jujur tentang peristiwa pahit dan gelap yang pernah menimpa dirinya.

Walau bagaimanapun, suami kepada Nurul tidak mahu mendengar tentang kisah silam yang pernah dihadapi sebaliknya menerima wanita tersebut dengan hati yang terbuka.

Sebelum kahwin pernah nak jujur dengan bakal suami tentang peristiwa pahit dan gelap yang pernah terjadi dekat aku…

…Tapi dia cakap tak perlu. Dia terima aku seadanya. Dia terima kekurangan aku.”

Bercerita lebih lanjut, wanita itu mendedahkan perkahwinan mereka berjalan dengan lancar termasuklah malam pertama sebagai suami isteri.

Namun, Nurul tetap mengambil keputusan menceritakan ‘sejarah hitam’ yang berlaku ke atas dirinya kepada suami.

Lebih tidak dijangkakan lagi, si suami turut menceritakan ‘sisi gelap’ yang seakan-akan sama dengan Nurul.

Sampai hari menikah, semuanya berjalan lancar. Malam pertama kami pun semuanya berjalan lancar…

…Rupanya suami aku pun sama macam aku. Kami sama-sama pakai gigi palsu.”

@andressitta25

sungguh hebat perancangan Allah. #suamiisteri #kisahrumahtangga #cintadanjodohrahsiaallah #setiaitumahal #husbandandwifestory

? tak bisa memilihmu – adlyricsz

Menurut Nurul giginya patah akibat memakai pendakap gigi palsu manakala si suami mengalami patah gigi ketika bermain basikal lajak.

Perkongsian penuh saspen itu membuatkan rata-rata netizen terhibur dan merasakan diri mereka seolah-olah ditipu oleh Nurul.

Setakat artikel ini ditulis, video ini meraih lebih 100,000 tanda suka serta 1.6 juta tontonan di aplikasi TikTok.

2 years ago

Wanita Serang Suami Isteri Dengan Pedang Samurai Sebab Tolak Permintaan Hubungan Intim Bersamanya

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...