Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Berkelah Di Luar Rumah Bersama Anak-Anak, Gelagat Jep Sepahtu Bikin Peminat Geli Hati

Keluarga Jeb Sepahtu

Pelawak dan penyampai radio, Jep Sepahtu meraih perhatian peminat kerana gelagat lucunya melayan anak-anak gara-gara Perintah Kawalan Pergerakan 2.0 yang sedang dilaksanakan kini.

Jep SepahtuSumber : Instagram jep Sepahtu  

Jep menerusi laman sosial Instagram isterinya, pelakon Sari Yanti telah dilihat sedang melayan anak-anak berkelah di hadapan rumah mereka menerusi sebuah video pendek yang dimuat naik untuk tatapan peminat.

Advertisement

Yang membuatkan peminat geli hati adalah kata-kata yang diucapkan Jep kepada anak-anak di mana dia merindukan suasana di Osaka, Jepun namun disebabkan PKP tidak dapat kemana-mana, hanyalah mampu bercuti di rumah sahaja.

View this post on Instagram

A post shared by Sari Yanti (@sariyanti)

“Rindu sangat dekat Osaka, buat dekat rumah sahajalah eh. Anak-anak abah okay? Sedap eh? Nanti abah bawak pergi Osaka okay, ni makan dulu, practise dulu, practise dulu.”

Dia yang sememangnya seorang yang kelakar ternyata telah membuatkan peminat terhibur melihat dia melayan anak-anak di rumah bersama Sari Yanti.

View this post on Instagram

A post shared by Jep Sepahtu (@jepsepahtu)

Sekadar info, Jep dan Sari telah mendirikan rumah tangga pada 25 Februari 2017 dan telah dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Dariya Inara dan Muhammad Khidir. Sari sebelum ini telah berkahwin sebelum bercerai dan turut mempunyai dua orang anak lelaki iaitu Barr Al Aliy dan Baasit Al Haq.

SUMBER : Instagram Sari Yanti
PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama