Iwan Syahman atau dahulunya dikenali sebagai Iwan Dangdut bersyukur kerana kedua-dua anaknya iaitu pelakon Aprena Manrose dan Oktovia Manrose kini sudah berhijab sepenuhnya.
Ujar Iwan, dia sering menasihati kedua anak perempuannya itu namun tidak pernah memaksa dalam soal memakai tudung.
Saya selalu jumpa anak-anak saya tarbiah. Saya kata ini rezeki kamu, kamu kena fikir bahawa rezeki ini berterusan kamu kena berubah. Bila dua orang anak saya Aprena dan Oktovia beritahu, papa saya dah tutup aurat. Alhamdulillah, bagus.
Jelas Iwan, dia hanya menasihati Aprena dan Oktovia namun yang mengubah dan menggerakkan hati mereka untuk berhijrah hanyalah Allah S.W.T.
Dalam pada itu, Iwan berkata dia tidak pernah memutuskan hubungan silaturrahim dengan anak-anaknya meskipun sudah mempunyai keluarga sendiri.
Ujarnya lagi, dia akan terus mendoakan agar anak-anaknya itu terus kekal istiqamah dalam penghijrahan mereka.