Berkat Musim Pandemik, Siti Elizad Mula Praktik Hafal Ayat Suci Al-Quran

Hiburan

Berkat Musim Pandemik, Siti Elizad Mula Praktik Hafal Ayat Suci Al-Quran

Penyampai radio Sinar FM, Siti Elizad yang sebelum ini mula berhijrah dengan berhijab mula mengorak langkah seterusnya dalam mencapai kemanisan iman apabila dia mula menghafal ayat suci Al-Quran pula.

Siti Elizad
3 years ago

"Ada Je Tak Kena.." Mula Bertudung, Siti Elizad Akui Tidak Sempurna

Advertisement

Ujar Elizad, dia terpanggil untuk mula menghafal beberapa surah dalam Al-Quran selepas terinspirasi daripada beberapa sahabatnya yang berkongsi video hafazan mereka di media sosial.

Tidak mahu ketinggalan, Siti Elizad turut berkongsikan video dia mengalunkan bacaan surah Al-Waqiah yang dihafalnya sambil dipantau oleh suami kesayangan.

Jadi hari ini saya cuba dengan Al-Waqiah. Ada 96 ayat. Maaf banyak lupa, banyak kesalahan daripada segi tajwid, tidak merdu. Insya-Allah perlahan-lahan saya cuba hafal lagi. Apa pun saya terbuka dengan semua teguran.

Dalam video tersebut, Elizad mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada Ustaz Khairullah dan Ustaz Hadi kerana banyak memberi bimbingan dalam aktivii bacaan Al-Quran yang dilakukan secara dalam talian.

Dia dalam pada itu juga memberi pesanan kepada mereka di luar sana yang tidak gemar akan perkongsiannya itu agar tidak menonton hantaran yang dimuat naik olehnya.

“Pada yang rasa tidak suka dan tidak berminat dengan perkongsian saya, boleh sahaja sorok hantaran saya (hide). Tiada paksaan untuk menyukainya. Seikhlas hati hendak berkongsi.” ujar Elizad.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...