March 26th, 2019

Kontroversi rumah tangga Bella Astillah dan Aliff Aziz masih belum ada penghujungnya, baru hendak reda sebentar, situasi kembali hangat apabila satu demi satu kecurangan Aliff dibongkarkan oleh isterinya itu.

Menjadikan medium media sosial sebagai tempat luahan hati dan mendedahkan setiap kali suaminya ‘kantoi’ curang, ada sesetengah netizen sudah mula bosan dengan tindakan Bella itu.

Netizen sebenarnya geram mengapa Bella tidak melakukan apa-apa berkaitan masalah rumah tangganya dan hanya mengadu di media sosial? Untuk apa terus membiarkan hatinya menanggung derita?

Bukan tidak bersimpati dengan nasib yang menimpa Bella, tetapi mereka mahu beliau bangkit dan ‘move on’.

Susah untuk komen isu ini kerana ia melibatkan kesetiaan seorang isteri dan kasih sayangnya kepada suami. Bukan mudah juga untuk membuat keputusan drastik melibatkan masa depan kan? Mungkin juga Bella ada ambil tindakan susulan berkaitan masalah rumah tangganya, tapi tidak perlu beliau umumkan. Doakan yang baik-baik sahaja.

79 responses to “Berkali-Kali Dedah Suami Curang, Netizen Sudah Bosan Dengan Tindakan Bella Astillah?”

  1. elise says:

    Pejabat Agama dan Mahkamah Syariah dah boleh tutup premis. Sebab zaman sekarang, orang jadikan facebook/ youtube/ instagram medium untuk selesaikan masalah rumahtangga. Viral masalah dalam kain minta simpati dan balas dendam pasangan. Muakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk. Tak matangnya.

  2. wekkkkkkk says:

    setelah berlaku masalah mcm ini berkali222, bella pergi ke pej kadi utk daftar cerai pun mereka dah tahu masalah seblum tulis kenapa nk cerai..
    jdi apa tunggu lagi, pergilah daftar, tidak semestinya laki jatuhkan talak baru ko nak pergi …
    samdol pun ada dia ni..