Perkongsian video yang mempamerkan aksi penyanyi Atilia Haron melakukan senaman yoga sambil berkaki ayam dan memegang makanan dia sebuah pasar raya mengundang pelbagai reaksi daripada pengikut di laman Instagram.
Tindakan yang dianggap tidak mementingkan kebersihan itu telah menarik perhatian netizen dan mengundang kebimbangan orang ramai kerana negara kini masih belum reda dan bebas daripada wabak COVID-19.
https://www.instagram.com/p/CB9fdSFFPYA/
Apabila disapa netizen berkenaan tahap kebersihan sekitar Atilia yang tidak mengenakan pelitup muka, kasut dan memegang barang dengan tangan yang kotor, Atilia tampil membidas kenyataan tersebut.

Kredit – mStar
“Saya ada mask. Saya buka sekejap dan letakkan ia di leher. Ya, tiada kasuh kerana saya miskin. Pegang barang sebab saya suka coklat itu dan saya beli.”
Video yang dikongsi di laman Instagram itu turut dihujani pelbagai komen daripada pengikut setianya. Malah Atilia juga turut menyatakan dirinya masih memahami keadaan pandemik kini telah menyebabkan segelintir pihak terpaksa hidup dalam kesusahan.
Bagaimanapun, kata Atilia, beliau langsung tidak mempunyai niat untuk menyinggung parasaan mana-mana pihak.
“Jika ini menyinggung perasaan awak, saya tiada niat untu berbuat demikian.”
Namun, Atilia menegaskan beliau sudah mendapatkan kebenaran daripada pengawal keselamatan sebelum bertindak melakukan aksi tersebut di dalam pasar raya itu.
Sumber: mStar

Kata
June 30, 2020 at 10:20 am
Dia rasa diri tk bersalah but it’s a public place and kalau semua fikir sama, another spike might happen; just sendu nk attention sampai over
Anonymous
June 30, 2020 at 9:17 am
penghinaan kepada org miskin. org miskin pun reti pakai selipar dan jaga kebersihan walaupun tak bercantik2. and which pasaraya yg security dia boleh allowed such action at that place…? mind to share? cos i love to try too… lol