Baru-baru ini, di platform media sosial, seorang wanita berkongsikan kisah sedih yang dihadapi olehnya selepas perkahwinan yang dibina atas dasar cinta rupanya hanya mampu bertahan selama tujuh bulan saja.
Suami haramkan ada zuriat bersama, 7 bulan berkahwin dah cerai
Dedah wanita itu, lebih memeritkan apabila lelaki yang sudah dikenali selama bertahun-tahun lantang menyuarakan bahawa dia rindukan kehidupan ketika zaman bujang.
Berkahwin tak sampai tujuh bulan. Diharamkan ada zuriat daripada dia, kenapa diuji begini. Kuatkanlah semangat aku.

Difahamkan daripada laporan mStar, kedua-dua pihak dilihat berbincang tentang rutin dahulu yang kerap dilakukan bersama tetapi kini sudah semakin dilupakan.
Netizen tumpang simpati, bersyukur dijauhkan dengan lelaki tidak bertanggungjawab
Bahkan, si suami juga dengan bersahaja mengiayakan pertanyaan sama ada dia rindukan zaman bujang.
Kisah yang dikongsikan oleh wanita berkenaan meraih perhatian netizen, di mana ramai yang meninggalkan kata-kata semangat serta sokongan terhadapnya.
Dalam pada masa yang sama, ada juga yang mendakwa si suami merupakan seorang ‘gay’ (suka lelaki) dan berkahwin hanya untuk menutup hubungan songsang.