Musim-musim pandemik ini mesti ramai yang teringin nak bercuti di luar negara tetapi dalam pada masa yang sama, berasa risau dengan penularan wabak COVID-19 yang sudah meningkat semula kan?
Jangan risau, tak perlu pergi jauh-jauh pun untuk merasai bercuti di luar negara kerana terdapat satu lokasi bertempat di Jalan Pintas Temiang – Pantai, Seremban, Negeri Sembilan terlihat seakan-akan berada di New Zealand!
Difahamkan, jalan ini lebih kurang 8 km hingga 12 km panjangnya dan disekeliling kawasan tersebut dipenuhi dengan bukit-bakau serta hutan.
Menurut Tourism Malaysia, kerana kawasan sekelilingnya yang dikelilingi dengan warna-warna kehijauan membuatkan landskap serta pemandangan di lokasi tersebut kelihatan sungguh indah.
Dalam pada itu, jikalau melalui kawasan tersebut di waktu pagi, jalan itu dipenuhi dengan kabus dan juga akan merasai kesejukkannya seolah-olah berada di luar negara.
Tengok gambar pun dah cantik, apatah lagi kalau pergi!
Selain itu, kami kongsi artikel trending pada pautan di bawah.