Melalui laporan Berita Harian, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menyita 13 akaun simpanan bagi siasatan kes rasuah dan pengubahan wang haram melibatkan bekas Perdana Menteri Malaysia ke-9 yang berjumlah RM9.33 juta.
Difahamkan, akaun-akaun berkenaan disita selepas empat individu yang dikaitkan dengan Datuk Ismail Sabri Yaakub ditahan serta selepas keterangan Ahli Parlimen Beri itu diambil untuk kali pertama pada 11 Februari lalu.
Menurut BH, akaun-akaun yang disita itu merupakan milik keempat-empat individu yang ditahan oleh pihak SPRM.
Dalam pada masa yang sama, pihak SPRM tidak menolak kemungkinan akan merakam percakapan Ismail Sabri selepas cuti sakitnya berakhir pada hari esok.
Dalam temu bual dengan doktor di sebuah pusat perubatan di Petaling Jaya, baru-baru ini juga tidak dapat mengesahkan sama ada beliau cergas untuk diambil keterangan.
Sekadar info, SPRM telah merekod sejumlah 23 lagi saksi baharu dalam siasatan kes rasuah dan pengubahan wang haram yang dikaitkan dengan bekas Perdana Menteri Malaysia itu.