Berjoget Manja Di Sisi Anak Sedang Bernyanyi, Aksi Ina Naim Raih Perhatian – “Dia Dah Lain, Tak Jadi Diri Sendiri…”

Hiburan

Berjoget Manja Di Sisi Anak Sedang Bernyanyi, Aksi Ina Naim Raih Perhatian – “Dia Dah Lain, Tak Jadi Diri Sendiri…”

Sejak kebelakangan ini, penyanyi Ina Naim dilihat semakin aktif memuat naik hantaran di media sosial selepas anak sulungnya, Hadie menyertai program realiti nyanyian, Talk To My Manager.

Menerusi TikTok, Ina dilihat berkongsi tentang sebalik tabir jadual dan aktiviti yang dilakukannya bersama Hadie sebagai persediaan untuk konsert mingguan program tersebut.

Advertisement

Terbaru, Ina telah memuat naik video ketika Hadie bernyanyi lagu Aspalela dengan santai dipercayai sedang berlatih untuk konsert pada hujung minggu ini.

Video tersebut meraih perhatian netizen dan telah menimbulkan rasa kurang senang sesetengah netizen yang berpendapat Ina seperti tidak menjadi diri sendiri.

Aksi Ina berjoget manja dan tampak riang di sisi Hadie telah membuatkan segelintir individu merasakan ibu kepada empat cahaya mata itu sudah berubah.

komen netizen komen netizen

Meskipun begitu, ramai individu yang menyebelahi Ina dan berkata wanita itu memang berperwatakan ceria sejak dulu lagi bersama dengan Allahyarham Suhaimi Saad.

Tidak kurang juga mereka yang menyatakan sokongan terhadap Hadie dalam program tersebut dan mendoakan yang terbaik untuknya. Segelintir individu juga dilihat mencadangkan agar Hadie memilih lagu yang lebih sesuai dengan tone suara dan yang mencabar vokalnya.

komen netizen komen netizen komen netizen komen netizen

Ina Naim sebak terkenang arwah Suhaimi Saad
2025-08-25 11:04:31

"Arwah Tak Dapat Lihat Anaknya Di Atas Pentas, Dia Lebih Layak" - Ina Naim Sebak Terkenang Arwah Suhaimi Saad

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...