Berjodohan Dengan Gadis Pantai Timur, Netizen ‘Korek Balik’ Video Caprice Kutuk Mek Kelantan

Hiburan

Berjodohan Dengan Gadis Pantai Timur, Netizen ‘Korek Balik’ Video Caprice Kutuk Mek Kelantan

Diam-diam sahaja penyanyi rap Caprice melangsungkan perkahwinan semalam sekaligus menimbulkan pelbagai reaksi  dalam kalangan netizen terutamanya di media sosial Twitter.

Seolah-olah memakan diri sendiri, Caprice khabarnya telah melangsungkan pernikahan dengan wanita pilihannya, Farra Inalis yang berasal dari Kelantan.

Advertisement

Ujar netizen sinis, Caprice sebelum ini agak ‘rancak’ mengeluarkan kenyataan yang kurang enak mengenai penduduk yang berasal dari negeri itu.

Kata netizen lagi, Caprice seperti membuat pusingan ‘U’ pula!

Meninjau ruangan Twitter, ramai pula yang mengkritik penyanyi lagu Baby Sayang itu yang sebelum ini melabel wanita Kelantan sebagai pengotor dan sebagainya.

TwitterSumber : Astro Gempak 

Terdahulu, Caprice pernah membuat video di mana dia telah memperlekehkan rakyat Kelantan dengan kenyataan seperti menghina pemahaman ceramah dalam bahasa Inggeris.

Ia susulan daripada program rakyat Kelantan bersama penceramah terkenal, Dr. Zakir Naik di Stadium Sultan Muhammad IV yang menggunakan bahasa Inggeris ketika menyampaikan ceramah.

Dia kemudian memohon maaf di atas keterlanjuran bahasa terhadap isu tersebut.

Namun, ada juga yang menganggap bahawa perkahwinan Caprice bersama wanita Kelantan itu adalah jodoh yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T.

caprice kahwini fara inalis
2 years ago

(TAHNIAH) Bakal Beri Penjelasan Nanti, Caprice Sah Kahwini Wanita Pilihan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...