Diam-diam sahaja penyanyi rap Caprice melangsungkan perkahwinan semalam sekaligus menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen terutamanya di media sosial Twitter.
Seolah-olah memakan diri sendiri, Caprice khabarnya telah melangsungkan pernikahan dengan wanita pilihannya, Farra Inalis yang berasal dari Kelantan.
Ujar netizen sinis, Caprice sebelum ini agak ‘rancak’ mengeluarkan kenyataan yang kurang enak mengenai penduduk yang berasal dari negeri itu.
Kata netizen lagi, Caprice seperti membuat pusingan ‘U’ pula!
Meninjau ruangan Twitter, ramai pula yang mengkritik penyanyi lagu Baby Sayang itu yang sebelum ini melabel wanita Kelantan sebagai pengotor dan sebagainya.
Terdahulu, Caprice pernah membuat video di mana dia telah memperlekehkan rakyat Kelantan dengan kenyataan seperti menghina pemahaman ceramah dalam bahasa Inggeris.
Ia susulan daripada program rakyat Kelantan bersama penceramah terkenal, Dr. Zakir Naik di Stadium Sultan Muhammad IV yang menggunakan bahasa Inggeris ketika menyampaikan ceramah.
Dia kemudian memohon maaf di atas keterlanjuran bahasa terhadap isu tersebut.
Namun, ada juga yang menganggap bahawa perkahwinan Caprice bersama wanita Kelantan itu adalah jodoh yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T.