Berjenaka Hina Allah Dan Agama, Pengguna Twitter Buat Netizen Berang

Trending

Berjenaka Hina Allah Dan Agama, Pengguna Twitter Buat Netizen Berang

Tiga orang pengguna Twitter menimbulkan kemarahan Netizen apabila bergurau di Twitter sehingga dianggap menghina Allah dan agama Islam.  Ia bermula apabila salah seorang dari mereka bergura mengenai seksaan kubur. Ia seterusnya berlanjutan dan meleret-leret.

 

Advertisement

Perbualan mereka disedari dan kemudiannya mendapat kritikan Netizen. Mereka kemudiannya meletakkan akaun Twitter mereka dalam mod privasi dan meminta pengikut masing-maisng melaporkan Tweet yang mendedahkan perbuatan mereka kerana tidak mahu dikecam.

Susulan reaksi yang diterima, mereka berdua yang menggunakan tweethandle @realmacshaker, @misharpener dan @jasfahimi kini telah menyahaktifkan akaun Twitter masing-masing.  Kebanyakan Netizen menyuarakan mengenai sikap mereka yang dianggap melampau sehingga menjadikan agama sebagai bahan gurauan.

Malah ada yang menyatakan mereka boleh didakwa di mahkamah kerana menghina agama.


Untuk makluman, Seksyen 298A Kanun Keseksaan memperuntukkan kesalahan atas alasan agama yang boleh menyebabkan suasana tidak harmoni, perpecahan atau permusuhan, benci membenci atau niat jahat atau memudaratkan pemeliharaan keadaan harmoni atau perpaduan.

Sabit kesalahan, boleh dihukum penjara tidak kurang dua tahun dan tidak lebih lima tahun. – amazingnara.com

Kredit: The Usop Ibrahim, Amirul Hakim

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...