Tiga orang pengguna Twitter menimbulkan kemarahan Netizen apabila bergurau di Twitter sehingga dianggap menghina Allah dan agama Islam. Ia bermula apabila salah seorang dari mereka bergura mengenai seksaan kubur. Ia seterusnya berlanjutan dan meleret-leret.


Perbualan mereka disedari dan kemudiannya mendapat kritikan Netizen. Mereka kemudiannya meletakkan akaun Twitter mereka dalam mod privasi dan meminta pengikut masing-maisng melaporkan Tweet yang mendedahkan perbuatan mereka kerana tidak mahu dikecam.


Susulan reaksi yang diterima, mereka berdua yang menggunakan tweethandle @realmacshaker, @misharpener dan @jasfahimi kini telah menyahaktifkan akaun Twitter masing-masing. Kebanyakan Netizen menyuarakan mengenai sikap mereka yang dianggap melampau sehingga menjadikan agama sebagai bahan gurauan.
Kau rasa dah cukup terer ke nak ajak malaikat sembang kat kubur nanti, nak pergi menghadap Allah then kabor Dia thicc queen tu? Betul la org bodoh sombong ni mmg tak beradab dgn agama.
— usop beraya (@TheUsopIbrahim) June 27, 2018
Rasa bagus ke persenda agama sendiri ni? Rasa mcm kau paling savage eh sbb boleh cakap ikut sukahati? Non muslim pun boleh respect Islam. Kenapa nak buat malu diri sendiri?
— usop beraya (@TheUsopIbrahim) June 27, 2018
Kira aku termakan umpan la ni? Mcm tak je. pic.twitter.com/GGY6l0sCyZ
— usop beraya (@TheUsopIbrahim) June 27, 2018
Kau mungkin tak percaya Tuhan dan anggap Tuhan itu ilusi. Tapi untuk melahirkan apa yang kau rasa itu dengan mengutuk Tuhan terang-terangan, aku rasa tak patut. Itu menyentuh sensitiviti orang lain. Jadi simpan sahaja kepercayaan kau tu atau share dengan yang sebulu dengan kau.
— Kay (@KhairTahar) June 27, 2018
Kalau orang lain tweet n word atau pasal isu black face, diorang la paling kuat melalak sentap on behalf cakap orang tu ignorant & insensitive. Bash kaw kaw punya dengan geng social justice warriors.
— FERD (@dauspozi) June 27, 2018
even if you don’t agree with a religion; mocking it and/or it’s core belief is dead wrong. The Quran even forbid Muslims to make fun of other deities the other religion revered. Al-An’am 108.
In other words, it is haram for Muslims to make fun of Ganesha, Buddha etc. pic.twitter.com/yVvV8GRDjL
— Abu Maryam (@tumbukrusuk) June 27, 2018
Malah ada yang menyatakan mereka boleh didakwa di mahkamah kerana menghina agama.
you guys sure have crossed the line plus it is a crime. you can be charged under Section 298 of the Penal Code for committing blasphemy. pic.twitter.com/MzhbEe7B4S
— dini (@silhouettesm) June 27, 2018
Untuk makluman, Seksyen 298A Kanun Keseksaan memperuntukkan kesalahan atas alasan agama yang boleh menyebabkan suasana tidak harmoni, perpecahan atau permusuhan, benci membenci atau niat jahat atau memudaratkan pemeliharaan keadaan harmoni atau perpaduan.
Sabit kesalahan, boleh dihukum penjara tidak kurang dua tahun dan tidak lebih lima tahun. – amazingnara.com
Kredit: The Usop Ibrahim, Amirul Hakim