September 22nd, 2020

Siapa saja yang tidak menginginkan bentuk badan yang langsing apatah lagi mampu kekal aktif tanpa rasa lesu dan tak berdaya. Perkara itu juga diakui oleh ramai wanita apabila sehingga kini wujud segelintir pihak tidak bertanggungjawab tampil mengambil kesempatan memasarkan produk kurus yang khabarnya mampu membantu seseorang itu mendapatkan bentuk badan yang ideal.

Berjaya Turunkan 4Kg Dalam Tempoh 23 Hari, Liyana Jasmay Akui Tiada Jalan Singkat Untuk Kurus

Namun begitu, menurut pelakon Liyana Jasmay, tiada sebarang pil mahupun ubat kurus yang mampu memberikan jaminan yang selamat. Hal ini demikian kerana, Liyana difahamkan mampu menurunkan berat badan sebanyak 4 kilogram dalam masa 23 hari tanpa mengambil sebarang suplemen mahupun ubat kurus.

Berjaya Turunkan 4Kg Dalam Tempoh 23 Hari, Liyana Jasmay Akui Tiada Jalan Singkat Untuk Kurus

Menurutnya, beliau hanya mengamalkan diet seimbang tanpa mengambil makanan yang mengandungi karbohidrat dan gula. Meskipun begitu, tetap akui pada mulanya beliau terpaksa berdepan dengan pening kepala dan menggigil namun masih mampu bertahan demi mencapai berat badan 49 kilogram.

View this post on Instagram

A post shared by liyanajasmay (@liyanajasmay)

“Selepas 23 hari diet tiada karbohidrat dan gula. Sasaran saya adalah 49 kilogram dan saya sangat gembiran lagi 0.3 kilogram sahaja lagi untuk sampai sasaran. Daripada 53 kilogram, saya tidak mengambil sebarang pil atau makanan tambahan. Saya hanya buang semua karbohidrat dan gula.”

Katanya lagi, perkongsiannya yang didedahkan itu adalah untuk memberi semangat kepada semua wanita di luar sana yang ingin menurunkan berat badan tanpa mengambil ubat kurus yang hanya membahayakan diri.

Berjaya Turunkan 4Kg Dalam Tempoh 23 Hari, Liyana Jasmay Akui Tiada Jalan Singkat Untuk Kurus

“Untuk beri semangat kepada wanita di luar sana, percayalah bahawa tiada makanan tambahan atau pil atau apa air mampu membuatkan anda kurus. Tiada jalan singkat, jalan pintas bahaya. Kita hanya perlu ada kemahuan dan jiwa yang kuat. Dalam keadaan macam mana pun, apa saja kita nak capai dalam hidup perlu ada kekuatan.”

Perkongsian itu semestinya mendapat perhatian, malah menjengah keruangan komen. rata-rata pengikutnya dilihat tumpang gembira dan mengucapkan terima kasih kepada Liyana kerana berkongsi tentang perkara tersebut.


3 responses to “Berjaya Turunkan 4Kg Dalam Tempoh 23 Hari, Liyana Jasmay Akui Tiada Jalan Singkat Untuk Kurus”

  1. ELOK LA TUH TIDAK AMBIL SEBARANG SUPLEMEN ATAUPUN MAKANAN TAMBAHAN.

  2. Anonymous says:

    alah si muka ‘kampung’ ni… !

  3. ZZKK says:

    ok lah tu dik..akak jog n exercise seminggu 3-4 kali, 4 kilo tu sekejap aje sebenarnya boleh turun..tapi mungkin sbb kau ada anak kecik kan, akak anak2 dah besar, senang sikit maintain makanan n exercise.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...