Berjaya Raih Kutipan Lebih RM 5 Juta, Ellie Suriati Kata Filem Mael Totey Tidak Boleh Jadi Penanda Aras Karya Kreatif

Hiburan

Berjaya Raih Kutipan Lebih RM 5 Juta, Ellie Suriati Kata Filem Mael Totey Tidak Boleh Jadi Penanda Aras Karya Kreatif

Setelah mencipta kejayaan meraih kutipan lebih RM 5 juta sepanjang tayangan, filem Mael Totey yang hanya ditayangkan di saluran berbayar Astro First itu mempunyai peminatnya yang tersendiri kerana berjaya mengutip hasil kutipan yang tinggi sepanjang ianya dipertontonkan kepada umum.

Filem yang ditayangkan sejak 22 Oktober lalu difahamkan hanya menelan belanja sebanyak RM400,000 dan mengambil masa dua minggu tempoh penggambaran.

Advertisement

Namun, filem sulung arahan Youtuber terkenal, Syahmi Sazli itu telah dikritik hebar oleh pengarah dan penerbit filem terkemuka, seniwati Ellie Suriati.

Menurut Ellie, Mael Totey masih belum mencapai ‘standard’ dan tahap teknikal sesebuah penerbitan filem.Tambahnya lagi, ianya tidak boleh dijadikan penanda aras untuk sesebuah karya kreatif di Malaysia.

 

“Mael Totey ada follower yang ramai, berjuta..tetapi dalam industri kita ada banyak genre filem. Kita tidak boleh meletakkan Mael Totey itu sebagai benchmark untuk karya kreatif yang sempurna. Kalau kita nak sebut daripada teknikal sebagai pembikin filem, ia tidak mencapai standard tapi oleh kerana ianya popular dan mempunyai peminat sendiri sudah tentu dia berjaya..”

Dalam isu yang lain, filem Mael Totey juga tidak terlepas daripada isu pengedaran filem melalui platform media sosial dan laman sesawang tanpa lesen. Sebelum ini, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) tampil memberi respon dan memandang serius mengenai isu tersebut.

Mael Totey merupakan sebuah filem bergenre komedi yang mengisahkan seorang pemuda lurus bendul bernama Mael yang berusaha mempelajari bahasa Inggeris demi memenuhi syarat gadis idamannya. Filem tersebut dibintangi selebriti Youtube iaitu Yoe, Asif, Emaleen Minhad dan Aween Ismail.

Sumber : mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...