Semalam pelakon Neelofa telah dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular ABPBH 29 dan keputusan itu sebenarnya tidak dijangka kerana Neelofa sejujurnya tidak membintangi banyak filem mahupun drama pada tahun lepas.
Buat Neelofa, beliau mempercayai cara beliau membawa diri dalam industri dan menepis setiap kontroversi adalah salah satu sebab beliau memenangi anugerah berkenaan.
Saya sedar pada tahun pertama kemunculan, saya penuh dengan kontroversi sahaja sehingga saya sendiri rasa tidak tahan dan mula putus asa.
Sehingga tahun keempat saya sudah tahu mengawal dan cuba berubah menjadi seorang yang sesuai dijadikan contoh kepada masyarakat.
Neelofa juga turut mengucapkan terima kasih kepada peminat dan mereka yang selalu menyokong beliau daripada belakang kerana bukan mudah untuk seseorang itu kekal relevan dalam industri hiburan tempatan.
Susah untuk terus berada dan releven dalam industri ini, tapi seorang rakan artis ada beritahu jika saya berjaya lalui lima tahun pertama, maka ia akan mudah untuk tahun seterusnya.
Benar, ini tahun keenam saya dan masih berada dalam industri hiburan. Sejak tahun keempat saya sudah bataskan diri dan terlalu berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan agar tidak terpalit kontroversi.
Antara mereka yang banyak beri tunjuk ajar dan nasihat untuk Neelofa adalah Dato Hans Isaac, dan Neelofa mengakui Hans adalah individu penting dalam kerjayanya.