Pada pendapat anda berapakah nilai sepaket sos cili McDonalds yang kita dapat ketika membuat pembelian set makanan di sana? Mungkin ramai di antara kita tidak pernah terfikir akan nilainya, tapi apa yang pasti nilainya mesti lah tidak mahal.
Baru-baru ini McDonalds di Amerika Syarikat telah mengeluarkan sos cili edisi terhad yang hanya dijual dalam masa sehari sahaja. Sos cili yang diberi nama Szechuan Sauce ini bukanlah pertama kali dikeluarkan kerana pada tahun 1998 ia telah diperkenalkan bagi mempromosikan filem kartun Mulan.
Disebabkan kuantiti yang dikeluarkan sangat terhad, nilai bagi sepaket sos cili telah melambung tinggi kerana permintaannya yang tinggi. Dilaporkan terdapat setengah pihak yang Berjaya menjual sepaket sos cili ini dengan harga $100. Namun begitu, nasib seorang wanita di sana sangat baik, kerana telah mendapat “sesuatu” yang sangat berharga dengan hanya membuat pertukaran sos cili Szechuan yang dimilikinya.
Seperti dapat dilihat di dalam gambar di atas, Rachel Marie telah berjaya membuat pertukaran sepaket sos cili dengan sebuah kereta Volkswagen. Kejadian ini telah mendapat perhatian dari banyak pihak di sana setelah gambar Rachel dimuatturunkan di laman sosial bagi meraikan kejayaannya mendapatkan kereta Volkswage Gti merah keluaran tahun 2004.
“Tuah ayam nampak dikaki, tuah manusia siapa yang tahu“, itulah peribahasa yang paling tepat sekali bagi menggambarkan situasi si Rachel ini. Pihak McDonalds di sana telah mengeluarkan satu kenyataan pada laman Twitter mereka bagi memohon maaf kerana tidak berjaya menyediakan kuantiti yang cukup. Namun begitu mereka berjanji untuk mengeluarkan kembali sos kegilaan ramai itu pada musim sejuk akan datang.
You spoke. We’ve listened. Lots more #SzechuanSauce and locations. Details soon. And that’s the wayyy the news goes! pic.twitter.com/ooIrbZBsOw
— McDonald’s (@McDonalds) October 8, 2017