Pelakon jelita, Nora Danish mendapat perhatian netizen selepas berkongsi video pendek di TikToknya.
Menerusi video tersebut, ia memaparkan Nora atau nama lengkapnya Nora Mohd Danish Hanif sedang berusaha untuk menghafal surah Al-Mulk.
Empat ayat lagi yang tinggal. Allah mampukan.
@noradanishhanif 4 ayat lagi to go…… Allah mampukan 🤍 #AlMulk #hafazan ♬ original sound – DanishNora
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen gembira melihat perubahannya dan memuji bacaan Nora.
Sekadar info, Nora Danish sebelum ini tampil dengan penampilan berhijab pada Julai yang lalu.