Berjaya Dalam Perniagaan : Rita Rudaini Nafi Ditaja VIP

Hiburan

Berjaya Dalam Perniagaan : Rita Rudaini Nafi Ditaja VIP

Bergelar ibu tunggal kepada dua orang anak bukanlah satu perkara yang mudah. Namun, Rita Rudaini membuktikan beliau juga boleh berjaya dan ia terbukti apabila menceburi bidang perniagaan.

Antara produk keluaran Rita ialah kopi, minuman kolagen, minyak wangi dan banyak lagi.

Advertisement

Walaubagaimanapun, penyakit hasad dengki (PHD bak kata orang sekarang) manusia terhadap kejayaan beliau semakin menjadi-jadi apabila Rita dituduh mendapat tajaan daripada VIP untuk perniagaan beliau.

Terkejut dengan dakwaan berkenaan, Rita menerusi Harian Metro berkata setiap perniagaan yang beliau usahakan adalah dari titik peluhnya sendiri.

Saya tidak ada rakan kongsi kerana serik dengan pengalaman pahit lalu. Saya juga menafikan ditaja oleh mana-mana pihak VIP kerana bisnes ini diusahakan dengan duit sendiri.

Terbaru saya akan melancarkan kafe yang menyajikan aneka kuih muih kerana saya memang menggemarinya sejak dulu lagi.

Bila ada sahaja orang berjaya dalam perniagaan datanglah pelbagai dakwaan daripada mereka yang dengki dengan kejayaan orang lain. Rita Rudaini sedikit sebanyak dapat juga memberikan motivasi kepada wanita lain untuk memiliki kehidupan yang lebih selesa.

Sumber Berita : Harian Metro

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...