Penyanyi, Nubhan telah mencuri perhatian orang ramai selepas dilihat berjaya menghasilkan ladang seluas empat ekar untuk bisnes Sambal Tempoyak Daun Kayu.
Menerusi satu video yang dimuat naik di TikTok, Nubhan atau nama lengkapnya Ahmad Nubhan Ahamad, 40, dilihat memberi kejutan istimewa buat ibunya iaitu Mak Jenny.
Akhirnya, Mak Jenny ada ladang sendiri untuk buat Sambal Tempoyak Daun Kayu.
Menurutnya, proses untuk membangunkan ladang itu tidak mudah dan mengambil masa hampir dua tahun.
Sebenarnya, untuk buka ladang ini bukan satu kerja yang mudah. Nak kena tahu tanam pokok, pokok mati dan pokok kena virus.
Setelah hampir dua tahun, baru kami bersedia untuk keluarkan Sambal Tempoyak Daun Kayu dengan bahan-bahan yang lengkap. Saya buat ladang ni sebab susah nak dapat daun-daun ni jadi kita tanam.
@nubhan86Akhirnya Mak Jenny dah ada Ladang Sendiri!! Demi utk menghasilkan Sambal Tempoyak Daun Kayu!! 🥰 Jgn lupa masuk live sabtu ni 19hb july jam 8pm ok!! Limited stock tau🙈🙈🙈♬ Healing Water – The Meditation – Red Blue Studio
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut gembira melihat usaha dan kejayaan penyanyi itu.
Malah, ada juga yang menyamakan penyanyi itu dengan pempengaruh dan usahawan terkenal iaitu Khairul Aming yang sentiasa komited dalam perniagaan.
Selain itu, kami kongsikan pautan artikel lain yang menarik di bawah.