Berjaya Atasi Indonesia & Arab Saudi, Malaysia Diiktiraf Negara Islam Paling Damai Di Dunia

Trending

Berjaya Atasi Indonesia & Arab Saudi, Malaysia Diiktiraf Negara Islam Paling Damai Di Dunia

Berjaya mengatasi beberapa negara lain termasuk Indonesia dan Arab Saudi, negara kita Malaysia menjadi negara Islam paling damai di dunia.

Berjaya Atasi Indonesia & Arab Saudi, Malaysia Diiktiraf Negara Islam Paling Damai Di Dunia

Advertisement

Menurut Institut Ekonomi dan Kedamaian (IEP), Indeks Kedamaian Global 2020 memperlihatkan Malaysia berada di tangga pertama dalam senarai 20 negara Islam paling damai di dunia.

Kedudukan tahap kedamaian global ini khabarnya dinilai dengan mengambil kira 23 petunjuk yang dikumpulkan dalam tiga kategori iaitu keselamatan dan keamanan penduduk, tahap konflik domestik dan antarabangsa serta status ketenteraan.

Berjaya Atasi Indonesia & Arab Saudi, Malaysia Diiktiraf Negara Islam Paling Damai Di Dunia

Bagaimanapun, Iceland mendominasi senarai negara paling damai di dunia tahun ini berdasarkan jumlah populasi yang kecil iaitu sekitar 365,000 orang. Hal ini kerana,
Iceland merekodkan kadar jenayah yang rendah, malah tidak ketinggalan mempunyai sistem pendidikan, pekerjaan, produktiviti dan kesejahteraan yang sangat kondusif.

Tambahan pula, sebanyak 97 peratus penduduknya merupakan golongan pertengahan dan tidak mempunyai jurang ekonomi.

Berjaya Atasi Indonesia & Arab Saudi, Malaysia Diiktiraf Negara Islam Paling Damai Di Dunia

Oleh hal yang demikian, berikut merupakan senarai 20 Negara Islam paling damai di dunia:

1) Malaysia
2) Qatar
3) Kuwait
4) Emiriah Arab Bersatu
5) Indonesia
6) Oman
7) Jordan
8) Maghribi
9) Bahrain
10) Arab Saudi

Sumber: Gempak

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...