Berjauhan Dengan Anak, Faye Kusairi Tak Tertanggung Menahan Rindu

Hiburan

Berjauhan Dengan Anak, Faye Kusairi Tak Tertanggung Menahan Rindu

Dek kerana Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dilaksanakan kerajaan bagi membendung penularan wabak pandemik Covid-19, ramai yang terkesan dengan perintah tersebut.

Advertisement

Tidak terkecuali bagi aktres Faye Kusairi yang terpaksa berjauhan dengan anak yang kini berada di Miri bersama ahli keluarganya. Hanya gambar dan video Alif sebagai pengubat rindu di dada.

Faye yang berkongsi perasaan rindu itu di laman Instagramnya menjelaskan bahawa melihat tumbesaran anak di hadapan mata itu amat berbeza dengan hanya melihat di skrin telefon.

 

“Hari hari Mommy video call Alif takkan sama dengan masa Mommy terlepas dengan Alif membesar. Mommy tau Alif is in great hands with Ann & Atok in Miri, but Mommy also know that you miss me and Ayah too.”

 

 

View this post on Instagram

 

Rindunya. This RMO is really getting to me. Im at a supersensitive level now. LOL. ???? I miss my son!!!!

A post shared by ???? ??????? ???????? (@fayekusairi) on

Namun, dia redha demi memastikan keselamatan dan kesihatan anak dan keluarga terjamin. Tambahnya lagi, dia yakin Alif dijaga dengan baik oleh ahli keluarganya di Miri, Sarawak.

Bukan mudah untuk berjauhan dengan anak tambah-tambah anak yang masih kecil. Semoga keadaan yang dialami kini akan semakin pulih supaya yang terpisah akan bertemu kembali.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...