Berita yang paling ditunggu-tunggu oleh setiap pasangan suami isteri sudah tentu ialah kehadiran cahaya mata dalam hidup mereka. Selepas perkahwinannya diketahui umum, baru-baru ini tersebar desas-desus yang Datin Alyah telah hamil. Berita yang dikeluarkan oleh sebuah suratkhabar itu mendakwa Alyah berkunjung ke sebuah klinik kesihatan dan seorang individu yang turut berada di tempat sama terdengar penyanyi itu berbual mengenai kehamilan.
Abang Nara baru nak tumpang gembira sekiranya desas-desus tersebut adalah benar namun isteri kepada Datuk Ramli MS ini telah tampil menafikannya. Mengakui ada berkunjung ke klinik, Alyah menegaskan yang dirinya masih belum hamil. Kata Alyah:-
Pertama sekali berita saya hamil tidak benar dan apabila membaca mengenai laporan berkenaan saya terkejut kerana ia bukan datang daripada mulut saya. Saya tidak tahu siapa yang sebarkan mengenai cerita itu tetapi ia sama sekali tidak benar. Saya berkunjung ke klinik berkenaan atas sebab lain dan tiada pula bercakap mengenai kehamilan malah hanya ada sepasang suami isteri sahaja di dalam klinik tersebut ketika itu.
Hmmmm. Nampaknya Datin Alyah dan Datuk Ramli MS masih belum dikurniakan rezeki untuk menimang cahaya mata sendiri. Insya Allah suatu hari nanti pasti akan tercapai jua hasrat tersebut. Banyakkan berdoa. Banyakkan berusaha. Jangan mudah putus asa. Kalau dah lama sangat tak ada perkembangan positif, mungkin boleh cuba buat pemeriksaan yang sepatutnya. Insya Allah kelak akan ada rezeki untuk menimang anak sendiri. Sama-sama kita doakan.