Berita Pertunangan Bersama Fazura : Fattah Amin Terus Berteka-teki

Hiburan

Berita Pertunangan Bersama Fazura : Fattah Amin Terus Berteka-teki

Pelakon Fattah Amin dan Nur Fazura nampaknya masih lagi ingin terus berteka-teki mengenai khabar angin pertunangan mereka yang dikatakan bakal berlangsung pada 13 November ini.

Advertisement

Semalam, Fattah menafikan berita tersebut,  terbaru, menerusi portal mStar Online Fattah seakan tidak mengiyakan ataupun menidakkan spekulasi pertunangan tersebut. Eh, mana satu yang betul ni Fattah? Jadi atau tidak?

Saya suka buat kejutan… Tempoh hari saya beri bunga kepada Fazura pun semua orang tidak tahu. Apa yang boleh saya katakan selagi tidak keluar apa-apa daripada mulut kami berdua, doakan yang baik-baik.

Fazura pula memberitahu beliau dan Fattah berjanji tidak akan menyembunyikan sebarang perkembangan terbaru dan berita gembira mengenai hubungan mereka. Fazura berharap peminat terus mendoakan yang terbaik buat beliau dan Fattah.

Sumber Berita : mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...