Berita Penyanyi Rap Ditangkap Di Laos Akibat Seludup Barang Terlarang Tular, IG Nakalness ‘Diserang’?

Hiburan

Berita Penyanyi Rap Ditangkap Di Laos Akibat Seludup Barang Terlarang Tular, IG Nakalness ‘Diserang’?

Petang tadi, berita mengenai seorang penyanyi rap Malaysia telah ditangkap di Laos susulan penyeludupan ganja seberat 86 kilogram tular di platform media sosial dan netizen mula berteka-teki siapakah penyanyi rap terbabit.

penyanyi rap malaysia ditahan

Advertisement

Melalui foto yang dimuat naik oleh media Laos, warganet mula mengaitkan beberapa individu yang barangkali merupakan suspek  kerana identiti dapat dikenalpasti biarpun gambar tersebut dikaburkan.

Hal yang mencuri perhatian apabila nama Nakalness atau Amar Ariff iaitu anggota kumpulan Forceparkbois dikaitkan apabila netizen mula menyerang akaun media sosial penyanyi berkenaan.

Komen

Namun begitu, perkara tersebut masih belum dapat disahkan hingga kini.

Sekadar info, media Laos sebelum ini ada melaporkan tiga rakyat Malaysia telah ditahan oleh pihak polis disana susulan penyeludupan dadah sejenis ganja sebanyak 103 bungkusan ke Jerman pada 27 Mei lalu dan salah satu suspek dipercayai penyanyi rap berasal dari Johor Bahru.

Penyanyi Rap Terkenal Ditahan di Laos, Disyaki Cuba Seludup 103 Bungkus Barang Terlarang ke Jerman
20 hours ago

Penyanyi Rap Terkenal Ditahan di Laos, Disyaki Cuba Seludup 103 Bungkus Barang Terlarang Ke Jerman

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...