Sebanayk 8 ekor keldai telah dipenjarakan selama 4 hari oleh pihak berkuasa Uttar Pradesh yang terletak utara India. Sebab kenapa haiwan ini dipenjarakan adalah kerana didapati memakan tumbuhan yang mahal di luar sebuah kompleks penjara utama negeri itu, lapor agensi China Xinhua.
Pelbagai jenis pokok dan tanaman yang ditanam di luar penjara itu bagi mengindahkan premis penjara tersebut. Sita Ram Sharma, ketua penjara tersebut berang akan kumpulan keldai tersebut telah menangkap dan meletakkanya ke dalam penjara.
Keldai terbabit dibebaskan Isnin selepas seorang ahli politik dari parti pemerintah Bharatiya Janata (BJP) campur tangan berikutan rayuan oleh pemilik haiwan itu.
“Selama 2 hari saya tidak dapat mencari kuda dan keldai saya. Apabila saya tahu mereka berada dalam penjara, saya telah meminta bantuan pemimpin BJP tempatan untuk membebaskan mereka,” kata Kamlesh S.
Keldai-keldai terbabit telah dibebaskan setelah ahli politik dari parti pemerintah Bharatiya Janata (BJP) masuk campur akan hal tersebut – kerana terdapat rayuan daripada pemilik keldai tersebut.
Pemilik keldai, Kamlesh S. melaporkan pada pihak media bahawa dia telah puas mencari haiwan belaanya itu selama 2 hari sebelum mengetahui bahawa keldainya itu dipenjarakan. Kamlesh meminta bantuan daripada pemimpin BJP tempatan bagi mendapatkan semula keldainya itu.
Haiwan pon boleh dipenjarakan. Mereka bukannya ada akal macam manusia. Kadang-kadang admin tengok manusia “kurang” akan nak dibandingkan dengan haiwan….No komen….