Pelawak Shuib yang baru sahaja kehilangan isteri tercinta, penyanyi Siti Sarah mengakui dirinya marah dan berang dengan sikap sesetengah individu yang tidak sensitif apabila menjadikan berita kematian isterinya itu sebagai ‘modal’ kandungan di saluran Youtube.
zen
Namun, Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad enggan mengulas lanjut dan berharap orang ramai lebih sensitif apatah lagi membabitkan berita mengenai kematian.
Kita kena ada sensitiviti yang sangat tinggi sebab kita kena tahu, kalau selepas ini Allah nak uji, kita tak tahu sebesar mana ujian itu. Marah memang marah, tapi itu sajalah saya boleh cakap.
Difahamkan, terdapat beberapa individu yang terdiri daripada selebriti media sosial dan Youtuber telah menggunakan nama dan berita kematiannya untuk dibuat ‘content’ dalam video dan juga kandungan permainan video PUBG.
As salam semua. Saya telah pon delete video tersebut. Saya mintak maaf sangat2 atas keluarga arwah dan juga tidak berfikiran jauh sebelum upload video tersebut. Won’t repeat it again. Mintak maaf ya semua. ?? . Minta Maaf lagi sekali saya sedar kesilapan saya .
— Aisar_Khaledd (@aisar_khaled) August 9, 2021
Terdahulu, media hiburan tempatan melaporkan pelakon dan Youtuber, Aisar Khaled telah bertindak menjadikan berita kematian Siti Sarah sebagai kandungan dalam salurannya namun memohon maaf tidak lama kemudian setelah hebat dikecam netizen.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.