Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Berita Gembira Untuk ARMY, BTS Datang Malaysia 2020

Impian peminat K-Pop di Malaysia untuk menyaksikan persembahan kumpulan paling popular BTS nampaknya bakal menjadi kenyataan.

Advertisement

Menurut Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, pihaknya sedang berusaha untuk membawa kumpulan itu ke negara ini pada tahun depan bersempena dengan kempen Tahun Melawat Malaysia 2020.

Mengenai perkara itu, saya sudah berjumpa dengan ‘promoter’ berkaitan BTS, dan kita dalam fasa rundingan, dan usaha kami untuk pastikan BTS datang ke Malaysia pada 2020 sempena ‘Visit Malaysia 2020’.

Ini (kemasukan BTS ke Malaysia) saya sudah pertangunggjawabkan kepada Tony Fernandes (Pengerusi Perdanan Stadium Malaysia) dan itu adalah salah satu KPI beliau.

Bukan itu sahaja, Syed Saddiq juga memberitahu beliau tidak mahu  industri hiburan Malaysia terus  berada di belakang Singapura memandangkan ramai peminat muzik beralih ke negara itu bagi menyaksikan persembahan secara langsung artis antarabangsa.

Tidak dapat dinafikan, bakat dan personaliti yang dimiliki kumpulan BTS ini mampu membuatkan ramai anak muda tidak kira lelaki dan perempuan terus menyukai mereka. Kalau betul lah BTS bakal berkunjung ke Malaysia, kami pasti ia akan mendapat sambutan luar biasa dan mencetuskan fenomena.

Sumber Berita : BH ONLINE

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

11 Comments

  1. BTBelahBTBertangkup

    April 24, 2019 at 11:06 am

    pegi Pulau Ketam, rasanya ramai lagi yg muka senonoh sikit.
    huhuhu..

  2. esah jendul

    April 24, 2019 at 11:01 am

    muka sumer sepesen…satu acuan…pecah la ovari anak2 gadis melayu tgk…meloyakan sungguh…

    • Anonymous

      April 24, 2019 at 3:07 pm

      ovari kau je kot yg pecah

    • Anonymous

      April 24, 2019 at 3:46 pm

      esah ni esok masa konsert dia la yg terpacak kt depan sekali

  3. lala

    April 24, 2019 at 10:32 am

    yes, group favourite aku ni!

  4. asap

    April 24, 2019 at 10:17 am

    multitasking betul menteri belia dan sukan ni sampai ambilalih kerja menteri pelancongan…hahahaha

  5. Anonymous

    April 24, 2019 at 10:04 am

    boleh bawa Zakir Naik tak…

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama