Impian peminat K-Pop di Malaysia untuk menyaksikan persembahan kumpulan paling popular BTS nampaknya bakal menjadi kenyataan.
Menurut Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, pihaknya sedang berusaha untuk membawa kumpulan itu ke negara ini pada tahun depan bersempena dengan kempen Tahun Melawat Malaysia 2020.
Mengenai perkara itu, saya sudah berjumpa dengan ‘promoter’ berkaitan BTS, dan kita dalam fasa rundingan, dan usaha kami untuk pastikan BTS datang ke Malaysia pada 2020 sempena ‘Visit Malaysia 2020’.
Ini (kemasukan BTS ke Malaysia) saya sudah pertangunggjawabkan kepada Tony Fernandes (Pengerusi Perdanan Stadium Malaysia) dan itu adalah salah satu KPI beliau.
Bukan itu sahaja, Syed Saddiq juga memberitahu beliau tidak mahu industri hiburan Malaysia terus berada di belakang Singapura memandangkan ramai peminat muzik beralih ke negara itu bagi menyaksikan persembahan secara langsung artis antarabangsa.
Tidak dapat dinafikan, bakat dan personaliti yang dimiliki kumpulan BTS ini mampu membuatkan ramai anak muda tidak kira lelaki dan perempuan terus menyukai mereka. Kalau betul lah BTS bakal berkunjung ke Malaysia, kami pasti ia akan mendapat sambutan luar biasa dan mencetuskan fenomena.
boleh bawa Zakir Naik tak…
multitasking betul menteri belia dan sukan ni sampai ambilalih kerja menteri pelancongan…hahahaha
yes, group favourite aku ni!
muka sumer sepesen…satu acuan…pecah la ovari anak2 gadis melayu tgk…meloyakan sungguh…
ovari kau je kot yg pecah
esah ni esok masa konsert dia la yg terpacak kt depan sekali
pegi Pulau Ketam, rasanya ramai lagi yg muka senonoh sikit.
huhuhu..
Macam mana artis antarabangsa nak datang Malaysia. Malaysian penuh dengan negative comment. Cuba buka minda. Macam mana nak maju.
Ye ye o korang percaya la ckp gomen skrg. Diorang ni bercakap je dulu, janji bagai nak rak, pastu kalau tak dpt tunaikan mula la keluar alasan mcm2 bts nenek sakit la, apa la, kalau tak, salahkan BN. Bosannnn
x paham aku. kalu artis korea je yg datng mesti korng dok kecam.
tp kalu artis bukan dari korea elok pulak.
sip ada artis kita yang luah rasa sayang lg.
negative betul rakyat malaysia ni dengan artis korea.
KEJADAH nya Kpop…..makin lembik laa…bawa la yg ganas2 skett