Impian peminat K-Pop di Malaysia untuk menyaksikan persembahan kumpulan paling popular BTS nampaknya bakal menjadi kenyataan.
Menurut Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, pihaknya sedang berusaha untuk membawa kumpulan itu ke negara ini pada tahun depan bersempena dengan kempen Tahun Melawat Malaysia 2020.
Mengenai perkara itu, saya sudah berjumpa dengan ‘promoter’ berkaitan BTS, dan kita dalam fasa rundingan, dan usaha kami untuk pastikan BTS datang ke Malaysia pada 2020 sempena ‘Visit Malaysia 2020’.
Ini (kemasukan BTS ke Malaysia) saya sudah pertangunggjawabkan kepada Tony Fernandes (Pengerusi Perdanan Stadium Malaysia) dan itu adalah salah satu KPI beliau.
Bukan itu sahaja, Syed Saddiq juga memberitahu beliau tidak mahu industri hiburan Malaysia terus berada di belakang Singapura memandangkan ramai peminat muzik beralih ke negara itu bagi menyaksikan persembahan secara langsung artis antarabangsa.
Tidak dapat dinafikan, bakat dan personaliti yang dimiliki kumpulan BTS ini mampu membuatkan ramai anak muda tidak kira lelaki dan perempuan terus menyukai mereka. Kalau betul lah BTS bakal berkunjung ke Malaysia, kami pasti ia akan mendapat sambutan luar biasa dan mencetuskan fenomena.