Berita Gembira Buat Semua, Kemasukan Percuma Ke MAPS Ipoh Bermula 1 Mac Ini

Trending

Berita Gembira Buat Semua, Kemasukan Percuma Ke MAPS Ipoh Bermula 1 Mac Ini

Berita gembira buat yang gemar berkunjung ke Taman Tema Movie Animation Park Studios (MAPS) yang terletak di Ipoh, Perak, kerana anda tidak perlu lagi membayar tiket masuk bermula 1 Mac depan.

maps

Advertisement

Menurut Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, para pengunjung hanya perlu membayar bagi mendapatkan kupon untuk mereka merasai kesemua tarikan yang ada di dalam taman tema tersebut.

Pembaharuan itu dilakukan bagi menarik lebih ramai pengunjung pada masa akan datang.

maps

Selain kupon yang berharga serendah RM3, para pengunjung berpeluang untuk mendapatkan MAPS Passport dengan harga RM80 dan MAPS Infinite dengan harga RM145.

Jika dibandingkan dengan sebelum ini, harga tiket masuk tanpa promosi adalah RM80 bagi dewasa manakala RM70 bagi kanak-kanak.

maps

Selain itu, waktu operasi MAPS selepas ini akan beroperasi pada jam 4 petang sehingga 12 malam bagi hari Isnin, Selasa dan Khamis.

Manakala bagi hari Jumaat dan hujung minggu, MAPS akan beroperasi bermula jam 10 pagi sehingga 12 tengah malam.

Sumber Berita: Perak Today

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...