Berita Gembira Buat Peminat Buku, Gedung Buku Tsutaya Akan Dibuka Di Pavilion Bukit Jalil!

Travel

Berita Gembira Buat Peminat Buku, Gedung Buku Tsutaya Akan Dibuka Di Pavilion Bukit Jalil!

Berita gembira buat peminat buku kerana sebuah gedung buku terkenal di Jepun iaitu Tsutaya dikhabarkan akan membuka cawangan pertamanya di Malaysia, seperti laporan Prestige Online.

Lokasi yang bakal menjadi tumpuan dan tarikan penggemar buku ini dilaporkan akan dibuka di pusat membeli-belah terkenal iaitu Pavilion, Bukit Jalil sekitar April ini.

Advertisement

Tsutaya Books sememangnya terkenal dengan jolokan gedung buku tercantik di dunia ini mempunyai visi bagi menginspirasi dan mengubah gaya hidup menerusi konsep kedai buku yang memupuk budaya dan juga gaya hidup (Cultivate Culture & Lifestyle).

Tsutaya Bookstore PavilionSumber : TheSmartLocal  

Ini bermakna, Tsutaya Books bukan sahaja menawarkan pelanggan dengan urusan pembelian buku malah tempat lepak seperti kafe, ruang cenderamata khas dan kawasan aktiviti yang dibangunkan bagi memberi ruang istirahat dan inspirasi bagi komuniti.

Maklum Ketua Tsutaya Books Malaysia, Hideyuki Uemoto, pihak mereka sudah tidak sabar lagi bagi membuka cawangan pertama di sini agar rakyat Malaysia dapat merasai pengalaman seperti berada di negara Jepun.

Tsutaya Bookstore PavilionSumber : Prestige Online  

Kami tidak sabar untuk melancarkan kedai buku kami yang pertama di Asia Tenggara di Pavilion Bukit Jalil dan kami tidak sabar untuk rakyat Malaysia merasai pengalaman ini buat kali pertama.

Gedung buku ini akan membawa personaliti tersendiri bagi setiap cawangannya di mana ia akan direkan dengan konsep yang berbeza-beza di T-Site di Daikanyama, Shibuya dan Ginza Six di Tokyo.

Lebih mengujakan, ibu bapa yang mempunyai anak-anak kecil boleh meninggalkan si comel mereka di ruangan khusus bagi menggalakkan budaya membaca dalam kalangan mereka.

Johor
3 years ago

Sesuai Untuk Pencinta 'Outdoor', Ini 6 'Hidden Gem' Yang Anda Boleh Terokai Di Johor

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...