Berita Baik Pertama Untuk Tahun 2018, 6X Mata Ganjaran Mesra Untuk Pelanggan PETRONAS

Hiburan

Berita Baik Pertama Untuk Tahun 2018, 6X Mata Ganjaran Mesra Untuk Pelanggan PETRONAS

Wow. Terkejut Abang Nara mendengar yang voucher untuk kempen “The Only Game Where Everybody Wins” anjuran PETRONAS telah pun habis di”redeem” atas sokongan padu para pelanggan. Mengkagumkan!!! Sebagai tanda terima kasih atas sambutan yang amat mengalakkan, PETRONAS telah tampil dengan satu lagi promosi cukup istimewa buat kita semua. Mulai 6 Januari 2018 sehingga 12 Januari 2018 ini, kita berpeluang untuk mendapat 6X mata ganjaran kad Mesra dengan setiap pengisian minyak PETRONAS atau pembelian di kedai MESRA.

Advertisement

Tak faham? Tak apa Abang Nara akan terangkan kepada anda semua. Contohnya mudah sahaja. Setiap kali anda mengisi minyak di PETRONAS, setiap 1 liter pengisian, anda akan mendapat 6x mata ganjaran kad Mesra. Begitu juga dengan setiap pembelian apa jua barangan di Kedai Mesra. Setiap RM1 yang dibelanjakan, anda akan dapat 6x mata ganjaran Mesra. Mudah kan? Meh sini Abang Nara bagi contoh.

1. Isi minyak

Apabila Abang Nara mengisi minyak di PETRONAS sebanyak 40 liter, jumlah mata ganjaran kad Mesra yang akan diperolehi ialah 40 x 6 = 240. Fuh!!! Banyak kan?

2. Berbelanja di Kedai Mesra

Sekiranya Abang Nara membeli snacks, air minuman, roti, Hot Wheels, aiskrim dan lollipop dengan jumlah RM50, maka Abang Nara akan mendapat 50 X 6 = 300 mata ganjaran Mesra. Terbaik kan? Untuk makluman, sebelum ini PETRONAS menyusun semula sistem mata kepada 3X mata ganjaran Mesra untuk mengisi minyak yang merupakan tawaran tertinggi berbanding jenama lain. Kali ini 6X ganda mata ganjaran Mesra adalah yang TERTINGGI dalam sejarah pernah ditawarkan oleh PETRONAS. Untunglah jadi pelanggan PETRONAS.

Cara nak dapatkan mata ganjaran 6 kali ganda ini mudah sahaja. Setiap kali isi minyak dan membuat pembelian di Kedai Mesra, anda hanya perlu “swipe”kan kad Mesra anda. Pastikan kad Mesra anda sentiasa berada di dalam dompet dan di bawa ke mana-mana, terutamanya sepanjang tempoh kempen ini berlangsung iaitu dari 6 Januari sehingga 12 Januari 2018 ini. Dalam tempoh masa 7 hari inilah korang kena lenjan isi minyak dan beli banyak-banyak di lebih 1,000 stesen PETRONAS seluruh Malaysia.

Sekiranya anda belum memiliki kad Mesra, boleh dapatkannya di mana-mana 1,000 stesen PETRONAS secara PERCUMA. Lepas dapat boleh terus “swipe”. Yang penting jangan lupa daftar  melalui SMS ataupun permohonan online di sini, barulah boleh redeem Mata Ganjaran Mesra yang dah kumpul tu! Untuk SMS, caranya seperti di bawah:-

KAD MESRA <jarak> 17 digit Nombor Kad Mesra PETRONAS <jarak> Nombor IC <jarak> Nama dan hantarkan ke 36372

Jadi tunggu apa lagi? Jangan lepaskan peluang keemasan ini. Silalah bergegas ke stesen PETRONAS berhampiran anda untuk mengisi minyak dan juga membuat pembelian di kedai MESRA. Jangan lupa bawak kad MESRA sekali. Selamat mengumpul mata ganjaran. Maklumat lanjut klik sini

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...