Selepas tiket konsert mereka di Kuala Lumpur habis terjual, kumpulan muzik terkenal dari Amerika, My Chemical Romance (MCR), kini menambah satu lagi persembahan!
Konsert kedua mereka dijadualkan berlangsung pada 1 Mei 2026 (Jumaat) di Stadium Nasional Bukit Jalil!
Sekiranya korang belum tahu, kumpulan emo ikonik ini akan kembali ke Malaysia untuk menghiburkan peminat tempatan selepas hampir dua dekad. MCR akan mengadakan persembahan pertama mereka di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 30 April 2026 (Khamis) sebagai sebahagian daripada jelajah dunia mereka, “Long Live The Black Parade”.
Pengumuman konsert ini menerima sambutan luar biasa, dan tiket telah habis dijual hanya beberapa jam selepas jualan dibuka pada 11 Julai 2025 (Jumaat) lalu.
IT’S OFFICIAL!
You manifested hard and you have been heard Malaysia! 🇲🇾
Get ready for the one and only 2nd show added for South East Asia!
This is your last chance to be part
of one of the biggest nights in emo rock 🤘My Chemical Romance South East Asia Tour 2026
📅 30… pic.twitter.com/ZAszFhNoLH— Hello Universe (@hellouniversemy) July 23, 2025
Akhirnya, penganjur konsert Hello Universe mengesahkan berita tersebut hari ini dan berkongsi butiran lanjut mengenai konsert dan penjualan tiket.
Konsert kedua ini akan berlangsung pada 1 Mei 2026, iaitu sehari selepas persembahan pertama. Tiket akan mula dijual pada 1 Ogos 2025 (Jumaat) melalui platform GoLive-Asia. Pra-jualan juga akan tersedia, jadi nantikan maklumat selanjutnya. Sementara itu, berikut adalah butiran konsert hari kedua.
Hello Universe turut memaklumkan bahawa Malaysia adalah satu-satunya lokasi di Asia Tenggara yang mendapat dua persembahan daripada MCR.