Berita Baik, Durian Dah Mula Luruh, Peniaga Mula Buka Tempahan Online

Trending

Berita Baik, Durian Dah Mula Luruh, Peniaga Mula Buka Tempahan Online

Musim durian di Balik Pulau sudah kembali lagi. Biasanya ketika ini, orang ramai pasti akan memenuhi daerah tersebut. Namun sedihnya kali ini, peminat kepada raja buah ini tidak dapat menikmati durian seperti biasa ekoran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang masih berkuat kuasa di seluruh negara.

Di sini kami bawakan berita gembira untuk peminat durian di luar sana, di mana anda masih boleh menikmati durian segar pada tahun ini. Cuma yang lainnya, kali ini anda hanya perlu duduk di rumah sahaja.

Advertisement

Dikhabarkan, bagi tidak terus mengecewakan peminat buah kegemaran ramai ini, pengusaha-pengusaha kebun durian di kawasan tersebut telah membuka peluang kepada pelanggan untuk membuat tempahan secara online sahaja melalui pelbagai aplikasi seperti WhatsApp dan WeChat.

Menariknya, ada antara mereka yang dikatakan telah menawarkan khidmat penghantaran terus ke pintu rumah pelanggan.

DurianDifahamkan, sebanyak 20 jenis buah durian yang telah dihasilkan daripada kira-kira 300 batang pokok yang ditanam sedia untuk dijual.

Pada awalnya, pekebun disekitar daerah tersebut menjangkakan bahawa buah tersebut akan mula luruh bermula awal Mei. Tetapi malangnya, ia mula luruh ketika pelaksanaan PKP.

Walaubagaimanapun, perkara ini tidak dapat menghalang pekebun-pekebun buah durian untuk terus memasarkan buah tersebut. Bagi mengelak sebarang kerugian yang perlu ditanggung dan memuaskan hati pelanggan mereka, penjualan melalui atas talian adalah jalan penyelesaian kepada masalah ini.

Kepada sesiapa yang ingin menempah, anda boleh membuat tempahan menerusi laman web durian.com atau WhatsApp (012-4110600).

Antaranya pakej yang ditawarkan adalah untuk empat jenis buah durian yang siap dikupas serta diisi dalam bekas yang turut divakum malah dimasukkan dalam kotak yang boleh tahan sejuk sehingga lebih empat jam hanya berharga RM100.

Seronoknya kalau dapat makan durian sekarang ni. Jom tempah sekarang!

Sumber: (1)(2)

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...