Berita Baik! barenbliss (BNB) Dah Ada Dalam Pasaran Malaysia Tau, Dapatkan Segera!

Branded

Berita Baik! barenbliss (BNB) Dah Ada Dalam Pasaran Malaysia Tau, Dapatkan Segera!

K-beauty kini telah menjadi fenomena global, kalau sebelum ini memiliki kulit yang licin atau ‘glass skin’ menjadi trend, kini makeup look ala-ala artis Kpop pula yang menjadi tumpuan para wanita.

Tidak dinafikan, salah satu perkara utama yang sering menarik perhatian ramai adalah betapa cantiknya solekan artis Korea dalam music video atau drama. Tetapi, macam mana nak dapatkan solekan sempurna macamtu?

Dengan jenama produk kecantikan terbaru dari negara Korea Selatan, barenbliss (BNB), anda kini dah boleh nampak cantik seperti artis Kpop. Bestnya!

Kalau anda nak tahu, jenama barenbliss (BNB) yang famous di Korea Selatan dan Indonesia ni, kini dah available dekat Malaysia juga tau! Jom BeautifulNara nak share apa yang menarik dengan produk barenbliss ni.

Penghasilan barenbliss (BNB)

barenbliss (BNB) merupakan jenama K-beauty hasil kerjasama jurusolek terkenal Korea, Jina  Kim yang berpengalaman menata rias ramai artis Korea popular. 

Apa yang istimewa tentang jenama BNB ini ialah semua produk kecantikannya menggunakan bahan-bahan semula jadi yang tidak membahayakan kulit, malah memulihkan kulit yang rosak, menjadikannya cantik secara berperingkat dan sesuai untuk digunakan untuk semua jenis kulit.

BNB percaya bahawa solekan bukanlah sesuatu untuk menyembunyikan kelemahan atau ketidaksempurnaan, namun sebagai alat untuk menyerlahkan kecantikan dan gaya peribadi anda.

Bukan itu sahaja, dalam masa kurang dari setahun jenama BNB telah memenangi banyak anugerah kecantikan di peringkat antarabangsa seperti GlowPick, Beauty+, Allure dan majalah kecantikan lain. 

barenbliss (BNB) Jenama ‘Aesthetic’

campaignSumber : Instagram 

Jenama produk barenbliss (BNB) ni menggunakan formula dengan penyelidikan makmal yang mengutamakan bahan-bahan Bare Essentials (B) + No Harm (N) + Bliss Moments (B), dimana wangian dan teksturnya telah direka dengan teliti.

Bare Essentials (B) dimana BNB percaya bahawa formula saintifik mempunyai kuasa untuk mengubah kulit dan semua produk BNB mengandungi bahan yang berguna untuk kulit. 

Bahan No Harm (N) adalah berdasarkan piawaian kosmetik global yang ketat dan pensijilan bahan keselamatan EWG. BNB mengharamkan lebih daripada 1,000 bahan yang berbahaya pada kulit dan semua bahan yang berasal dari haiwan, alkohol, minyak mineral dan talkum.

Pengalaman kecantikan Bliss Moments (B) yang menyenangkan datang daripada inovasi dan penemuan wangian, tekstur dan penampilan reka bentuk jenama BNB yang teliti. 

Reka bentuk jenama BNB selari dengan sikap dan warna aesthetic golongan muda yang sukakan reka bentuk minimalistik dan penggunaan warna lembut. Nama produk BNB itu sendiri kreatif, unik, dan mempunyai daya tarikan tersendiri. Memang patut la produk ini menjadi tarikan orang muda di Korea!

Koleksi Produk BNB barenbliss Yang Wajib Anda Miliki

Koleksi produk BNB menawarkan rangkaian lengkap warna yang bergaya, fashionable dan paling penting selari dengan peredaran zaman. 

Bukan itu saja, teksturnya yang licin seperti baldu menawarkan penggunaan solekan yang mudah dan bahan-bahan penjagaan kulit yang menyuburkan serta melembabkan kulit.

Antara produk yang best dari barenbliss:

1. Berry Makes Comfort Lip Matte

CampaignSumber : Instagram 

Lip matte BNB ini sangat lembut teksturnya seperti sutera dengan bau buah beri yang menarik serta mengandungi bahan semula jadi minyak Macadamia, Vitamin E dan Hyaluronic Acid yang bagus dan berkhasiat untuk bibir yang gebu dan lembap.

Untuk pengetahuan anda, ini antara warna bestseller lip matte BNB iaitu Berry Set (01), Maple Mingle (04) dan Chapter Nude (06). Cantiknya!

Kalau tanya pendapat BeautifulNara, Maple Mingle (04) dan Chapter Nude (06) merupakan warna kegemaran kami sebab dua warna ni mempunyai warna ‘earth tone’ yang menenangkan dan akan menampakan kita lebih anggun, manis, dan bergaya.

Tetapi, kalau anda mahu tampil seksi dan menggoda, anda boleh pakai kod 01 (Berry Set) sebab warna Pink yang pekat itu akan menyerlahkan lagi makeup look dan memberikan tumpuan pada bibir anda.

Malah, BeautifulNara sendiri berpeluang untuk mencuba lip matte BNB ni dan terbukti memang akan melembapkan bibir kita, ringan dan tidak melekit langsung!

2. Machi Peachy Micellar Water

CampaignSumber : Instagram 

Apa yang istimewa tentang Machi Peachy Micellar Water ini adalah ia merupakan air micellar yang disertakan minyak dengan bau Peach yang sangat manis.

Bukan sahaja bau Peach itu mendatangkan bau yang harum dan menenangkan, tetapi ekstrak daun Peach ini bertindak sebagai pembersih semula jadi yang mengurangkan tanda-tanda pigmentasi dan meningkatkan penghidratan kulit anda tau. 

Air micellar ini juga mampu untuk membersihkan makeup yang tahan lama dan waterproof tanpa membuatkan kulit anda rasa berminyak.

3. Soul-Matte Loose Powder

CampaignSumber : Instagram 

Kalau anda mempunyai kulit muka yang cepat berminyak, Loose Powder BNB ini sangat sesuai untuk anda. Ini kerana, ia akan meliputi pori-pori dan membuatkan kulit anda bebas minyak.

Tambahan lagi, bedak tabur ini juga mempunyai bau sakura mekar yang mendatangkan rasa sensasi sejuk pada kulit kerana bahan yang digunakan mengandungi mint menthol sebagai kompaun semula jadi daripada daun pudina.

4. Highlight! Rich Girl in Area

campaignSumber : Instagram 

Highlighter BNB ini didatangkan dengan bau vanilla segar yang cair secara sekata apabila disapu pada kulit muka kita tau.

Ia juga mengandungi bahan semula jadi seperti Macadamia oil, Shea butter, dan vVitamin E yang akan menampakkan muka kita ‘glowy’ dan berseri-seri.

5. Spark-Tacular Party Blush

CampaignSumber : Instagram 

Pemerah pipi atau Blusher BNB ini dibuat dengan serbuk halus mikro dengan bau vanila segar yang diadun secara semula jadi, warnanya yang pigmented akan kekal sepanjang hari tanpa menyebabkan makeup anda merekah dan berminyak.

Shea Butter yang digunakan sebagai bahan semula jadi dalam Fortune Spark-Tacular Party Blush ini mengandungi 5 asid lemak penting yang secara langsung menghidrat dan menenangkan kulit pengguna.

6. Fortune Cookie Eyeshadow

campaignSumber : Instagram 

Koleksi solek mata atau eyeshadow ini mempunyai warna yang pigmented, teksturnya yang matte, dan berkilauan boleh dicampur dan disapu mengikut kehendak dan cita rasa anda.

Apa yang istimewa ialah bahan semula jadi yang digunakan untuk eyeshadow ini mengandungi Macadamia Organic Oil dari Australia yang kaya dengan Omega 7 dan terbukti menyuburkan kelopak mata anda.

Tampil cantik Sengan Skin Care BNB barenbliss

campaignSumber : Instagram 

Selain makeup,  barenbliss (BNB) turut mempunyai rangkaian produk kecantikan lain seperti produk penjagaan muka, Vitamin Lip Mask dan produk penjagaan badan yang akan dilancarkan tidak lama lagi.

Tunggu apa lagi, produk BNB barenbliss dah ada dalam pasaran Malaysia, jom dapatkan segera di laman Shopee

Untuk info lanjut, layari ke akaun rasmi Facebook, Instagram dan TikTok barenbliss (BNB) Malaysia.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...