Anak kepada pelakon dan penyanyi, Abby Abadi iaitu Marissa Dania dilihat semakin aktif menguruskan perniagaannya di media sosial.
Menerusi satu hantaran yang dimuat naik di TikTok, Marissa atau nama lengkapnya Marissa Dania Hakim dilihat sedang sibuk melakukan proses pembungkusan produknya untuk dihantar kepada para pelanggan.
Namun, apa yang menarik perhatian orang ramai adalah kapsyen yang ditinggalkan oleh Marissa dalam hantaran tersebut.
Berikanlah aku seribu kesibukan Ya Allah, agar aku tidak sempat memikirkan hal-hal yang tidak seharusnya aku fikirkan.
@marissadaniahakim_♬ suara asli – fredd
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai memberikan kata-kata semangat buat Marissa dan mendoakan agar urusan perniagaannya dipermudahkan.
Terdahulu, nama Marissa sering menjadi topik perbualan netizen selepas dia disahkan bernikah dengan Aslam yang merupakan suami kepada Umisya di Songkhla, Thailand.
Selain itu, kami kongsikan pautan artikel lain yang menarik di bawah.