Sejak berita penahan Datuk Farid Kamil mendapat perhatian ramai, isterinya Datin Diana Danielle tidak pernah memberikan sebarang komen berhubung isu tersebut. Namun, ia tidak bermakna Diana tidak lagi mencintai ataupun menyayangi suaminya itu seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak sehingga timbul khabar angin mengatakan rumah tangga mereka bermasalah.
Semalam, Diana menerusi akaun Instagramnya buat pertama kali memuat naik foto bersama suaminya selepas kes hangat yang melanda. Diana turut memberikan kata-kata sokongan buat Farid.
Melihat kesetiaan Diana bersama Farid, rata-rata peminat mendoakan agar pasangan ini kekal bahagia sehingga ke akhir hayat mereka.
Sokongan isteri adalah penguat semangat buat suami tercinta melawan apa sahaja dugaan yang melanda. Semoga cinta Diana serta rumah tangganya bersama Farid kekal sehingga ke syurga.