“Berikan Dia Ruang..” Tak Sangka Ada Masalah Mental, Siti Sarah Sentiasa Doakan Janna Nick

Hiburan

“Berikan Dia Ruang..” Tak Sangka Ada Masalah Mental, Siti Sarah Sentiasa Doakan Janna Nick

Penyanyi Siti Sarah mengirimkan doa buat pelakon Janna Nick dan sesiapa sahaj di luar sana yang mengalami masalah mental agar terus berjuang dan bersabar dengan setiap dugaan.

Menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik Siti Sarah di ruangan Instagramnya, penyanyi lagu Kesetiaan ini mengaku terkejut dengan pengakuan Janna yang pernah mencuba untuk membunuh diri sejak usai remaja.

Advertisement

Menganggap pelakon wanita itu sebagai seorang yang baik dan sangat bekerja keras dalam kerjayanya, Sarah menitipkan doa agar Janna sentiasa kuat dan tabah.

Advertisement

“Saya baru baca hantaran @jannanick dalam Instagram. Allahuakbar, hati saya terdetik dan terus DM dia (Janna). Janna seorang yang baik dan pernah terjumpanya beberapa kali. Kami juga ada berbual-bual dalam Instagram.Saya ikut perkembangan dia. Janna seorang gadis yang bekerja keras dalam bidang seni.”

Tambah Sarah lagi, perkara berkaitan penyakit mental bukanlah suatu perkara yang boleh dibuat main dan bahan jenaka kerana ianya sangat sensitif.

View this post on Instagram

A post shared by Janna Nick (@jannanick)

“Jom kita doa dan mohon yang baik-baik agar semua dipermudahkan. Jaga percakapan, jaga perbuatan dan jaga pertuturan. Moga kita semua terus berada dalam rahmat Allah S.W.T.” tulisnya lagi.

Terdahulu, Janna mendedahkan bahawa dia mengalami masalah kemurungan dan pernah mencuba untuk membunuh diri beberapa kali seperti menelan panadol dan mengelar pergelangan tangannya ketika zaman remajanya.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

3 Comments

  1. Anonymous

    April 27, 2021 at 8:17 am

    Lapar perhatian! cubalah menangis di tikar sejadah..

  2. Lin

    April 26, 2021 at 12:35 am

    Ni tengah covid ni, janna ni kemaruk attention ke apa cakap ada bipolar la, itu la, ini la. Please la, orang semua dah x kisah pasal ko. Berlakon pun takde la jauh mana. Cari je lah kerjaya lain yang tak perlukan sikap attention seeking please.

  3. lobenak

    April 25, 2021 at 4:50 am

    ko ni bdk baik je asalnya, lps becinta dgn mat saleh celup tu mcm haruu la hidup ko Jana, bedukung2 post kt ig, pastu hentam netizen, kutuk black pink ke sape yg Korea tu halal xtahu bkn Korean artis Fan, tp akk perasan sejak2 becinta ko jd ntah hape2, bf ko tu Toxic ke dik sampai Thrigged ko jd bukan2 mcm ni haha tula dlu sibuk Janna 1 Netizen 0 la apa la, bingai

Loading...