Sejak beberapa hari lepas, hangat menjadi bualan tentang isteri Haqiem Rusli, Anis Sofea yang membuat keputusan untuk kembali free hair.
Pada mulanya netizen mula perasan Anis memadam banyak gambar di akaun Instagram sebelum menyedari dia tidak lagi memakai hijab.
Perkara itu menjadi bualan ramai sehingga Haqiem Rusli sendiri telah tampil memberi penjelasan daripada pihaknya dan meminta orang ramai memberikan ruang buat isterinya.
Tegas Haqiem dia sudah menjadi suami terbaik sepanjang mendirikan rumah tangga namun menganggap keputusan Anis sebagai ujian dalam hidup perkahwinan mereka.
Dalam pada itu, ada netizen di media sosial memerli penyanyi lagu Lembah Kesepian berkenaan dan mengungkit tentang kenyataannya suatu ketika dahulu.
Haqiem dahulu pernah dipuji ramai kerana tidak memuat naik gambar peminatnya yang tidak menutup aurat atau akan sunting gambar dan menutup bahagian aurat wanita.
Dok beria terpaling aurat fans, last2 bini freehair
— aLeL dah HabiS rAyA ? (@AzlilAdzif) April 23, 2023
Bagaimanapun, hantaran individu ini diselar oleh sesetengah orang yang berpendapat prinsip Haqiem itu tiada kena mengena dengan tindakan isterinya free hair.
Beberapa individu dilihat mengingatkan yang lain untuk menjaga mulut serta tidak mengungkit tentang hal tersebut hanya kerana apa yang berlaku kepada Anis sekarang.