Beri Ucapan Selit Isu Politik, Peserta Himpunan #JusticeForZara Luah Rasa Kesal – “Majoriti Turun Demi Adik Zara, Bukan Ceramah Politik!”

Kehidupan

Beri Ucapan Selit Isu Politik, Peserta Himpunan #JusticeForZara Luah Rasa Kesal – “Majoriti Turun Demi Adik Zara, Bukan Ceramah Politik!”

Sejak semalam, kecoh satu video memaparkan selebriti yang lantang bersuara tentang tapak perumahan di Kampung Baru iaitu Rafidah Ibrahim memberi ucapan di himpunan solidariti Allayarham Zara Qairina dengan menyelit isu politik.

Biarpun Rafidah menegaskan orang ramai disitu suka mendengar ucapannya tetapi terdapat juga segelintir peserta yang sertai himpunan itu meluahkan rasa kesal.

Advertisement

Kesal isu politik dibangkitkan di solidariti arwah Zara

Mana tidaknya, individu yang meluahkan rasa kesal itu berkata dia menghadiri himpunan tersebut demi menuntut keadilan buat arwah Zara, bukannya untuk mendengar isu-isu politik yang diucapkan oleh beberapa individu yang berucap pada malam tersebut.

Aku terus angkat kaki dan blah. Siapa tonton LIVE aku kat Sogo malam tadi mesti perasan, sekitar 9 malam aku angkat kaki dan blah. Padahal masa tu orang makin ramai sampai.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Sabah Info (@sabah.info)

“Majoriti turun demi adik Zara, bukan nak dengar ceramah politik!”

Individu tersebut berkata pada mulanya semua berjalan dengan lancar dan flow acara juga bagus tetapi lama-kelamaan, isu politik mula dibangkitkan dan dikaitkan dengan pemergian Zara Qairina.

Aku turun malam tadi niat untuk sokong Solidariti untuk arwah Adik Zara. Dan aku yakin majoriti yang turun malam tadi, semua demi adik Zara. Bukan mereka turun nak dengar ceramah politik.

Rata-rata netizen bersetuju dengan pandangan lelaki tersebut dan merasakan selepas ini perkara ini perlu dielakkan, malah jika boleh jangan benarkan individu yang menyelitkan isu politik memberi ucapan kerana bersikap tidak sensitif.

2025-08-17 09:50:52

"Semua Di Situ Minta Teruskan.." - Isu Selit Agenda Politik, Rafidah Ibrahim Pertahankan Diri

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...