Beri Sumbangan Sempena Deepavali, Netizen Minta Bos Mydin Hadiahkan Rumah Teres Untuk Pelawak Sathiya – “Mudah Dia Nak Bergerak”

Kehidupan

Beri Sumbangan Sempena Deepavali, Netizen Minta Bos Mydin Hadiahkan Rumah Teres Untuk Pelawak Sathiya – “Mudah Dia Nak Bergerak”

Prihatin terhadap nasib pelawak legenda Sathiya, yang baru-baru ini kehilangan kaki akibat komplikasi penyakit kencing manis, pihak Mydin Mohamed Holdings Berhad (Mydin) tampil menghulurkan sumbangan menerusi inisiatif MYDIN Prihatin.

Pengarah Urusan Mydin, Datuk Wira (Dr) Haji Ameer Ali Mydin, dan Pengarah Mydin, Datin Wira Dr Hajah Siti Hawa Mohd, menziarahi Sathiya di kediamannya serta menyampaikan sumbangan khas sempena sambutan Deepavali yang bakal tiba.

Advertisement

Dalam video berdurasi hampir dua minit yang dikongsi di media sosial, Sathiya dilihat tersenyum menerima pelbagai barangan keperluan Mydin serta kerusi roda baharu bagi memudahkan pergerakannya.

Mydin Mohamed Holdings Berhad (Mydin) prihatin terhadap nasib lagenda tanah air, Sathiya yang kini berdepan masalah kesihatan.

Usaha itu turut mendapat pujian ramai netizen yang menzahirkan rasa terharu dan berterima kasih kepada Datuk Ameer Ali Mydin atas keprihatinannya terhadap artis veteran berusia 61 tahun itu.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang turut mendoakan kesihatan Sathiya agar terus kuat menghadapi ujian serta berharap pelawak kesayangan ramai itu akan dihadiahkan rumah teres bagi memudahkan pergerakannya selepas kehilangan kaki.

Langkah prihatin Mydin ini sekali lagi membuktikan komitmen syarikat itu dalam menyantuni golongan yang memerlukan, terutama menjelang musim perayaan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Nubhan
2025-10-21 13:08:13

Nubhan Tak Pernah Ambil Tahu Status Duit Dalam Syarikat - "Saya Tak Nak Jadi Hamba Duit"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...