Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Beri Sumbangan Berupa Baju Dalam Untuk Mangsa Banjir, Sharifah Shahira Tak Kisah Diketawakan

Turut tidak melepaskan peluang dalam memberikan sumbangan kepada mangsa banjir khususnya di negeri Pantai Timur, pelakon dan juruhebah radio, Sharifah Shahira telah mengambil inisiatif untuk menghulurkan sedikit bantuan peribadi bagi meringankan beban mereka yang terkesan dengan bencana alam itu.

Sharifah Shahira yang lebih mesra dikenali sebagai Shiera dilihat telah mengumpul baju-baju terpakai selain memberi bantuan barang makanan dan minuman. Dia dalam pada itu turut memberikan bantuan berupa pakaian dan seluar dalam  yang baharu untuk diserahkan kepada mangsa banjir.

Berpendapat bahawa pakaian dalam merupakan barang mustahak kerana memikirkan sudah pasti pakaian dihanyut banjir, Shiera berkata dia tidak kisah diketawakan kerana memilih untuk memberi bantuan seumpama itu.

Advertisement

“Ni cakap terus terang ya seluar dan baju dalam baru saya nak kena beli sebab sangat diperlukan. Aku nak kena pergi beli, size nasiblah main beli ni..ke banyak size XL ke atas, L faham sangat! Benda dah terdesak nak pakai, saya sumbang lain daripada lain sebab itu (pakaian dalam) pun penting. Seluar dan bra di mana murah nak cari ni, borong dekat mana? Ini pun saya campur duit korang bagi beli air dan barangan dalaman. Nak gelak, gelaklah, tapi ini sangat penting!”

Shiera sebelum itu telah berkongsi sebuah rakaman video menunjukkan dia sedang mengumpul baju-baju terpakai untuk diserahkan kepada mangsa banjir di sekitar negeri Pahang.

Dia dalam pada itu turut mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia yang sangat prihatin dan berganding bahu dalam mengumpulkan sumbangan untuk bantuan mereka yang terjejas ketika ini.

SUMBER : Instagram Sharifah Shahira
PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

1 Comment

  1. tecit

    January 11, 2021 at 10:26 am

    terima kasih syieraa. tgk bra yg disangka obor2 oleh netijen hanyut dlm banjir mmg terfikir apela nasib tuan bra. xpkai bra nt jd tumpuan dgn keadaan basah2 tu mmg kene pkai bra at least klu melekat pon xnmpk bentuk pelik2 bile ade bra.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top