Beri Sumbangan Berupa Baju Dalam Untuk Mangsa Banjir, Sharifah Shahira Tak Kisah Diketawakan

Hiburan

Beri Sumbangan Berupa Baju Dalam Untuk Mangsa Banjir, Sharifah Shahira Tak Kisah Diketawakan

Turut tidak melepaskan peluang dalam memberikan sumbangan kepada mangsa banjir khususnya di negeri Pantai Timur, pelakon dan juruhebah radio, Sharifah Shahira telah mengambil inisiatif untuk menghulurkan sedikit bantuan peribadi bagi meringankan beban mereka yang terkesan dengan bencana alam itu.

Sharifah Shahira yang lebih mesra dikenali sebagai Shiera dilihat telah mengumpul baju-baju terpakai selain memberi bantuan barang makanan dan minuman. Dia dalam pada itu turut memberikan bantuan berupa pakaian dan seluar dalamĀ  yang baharu untuk diserahkan kepada mangsa banjir.

Advertisement

Berpendapat bahawa pakaian dalam merupakan barang mustahak kerana memikirkan sudah pasti pakaian dihanyut banjir, Shiera berkata dia tidak kisah diketawakan kerana memilih untuk memberi bantuan seumpama itu.

“Ni cakap terus terang ya seluar dan baju dalam baru saya nak kena beli sebab sangat diperlukan. Aku nak kena pergi beli, size nasiblah main beli ni..ke banyak size XL ke atas, L faham sangat! Benda dah terdesak nak pakai, saya sumbang lain daripada lain sebab itu (pakaian dalam) pun penting. Seluar dan bra di mana murah nak cari ni, borong dekat mana? Ini pun saya campur duit korang bagi beli air dan barangan dalaman. Nak gelak, gelaklah, tapi ini sangat penting!”

Shiera sebelum itu telah berkongsi sebuah rakaman video menunjukkan dia sedang mengumpul baju-baju terpakai untuk diserahkan kepada mangsa banjir di sekitar negeri Pahang.

Dia dalam pada itu turut mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia yang sangat prihatin dan berganding bahu dalam mengumpulkan sumbangan untuk bantuan mereka yang terjejas ketika ini.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram Sharifah Shahira

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...