Seorang pengguna Twitter yang menggunakan tweethandle @ynrazak telah memuat naik satu klip video yang menunjukkan suaminya keluar dari kedai serbaguna stesen minyyak dengan satu plastik makanan.
Pada mulanya, wanita itu menyangka makanan itu dibeli oleh suaminya untuk dirinya, rupanya makanan itu sebenarnya hendak diberikan kepada seorang remaja yang mengutip tin di sekitar stesen minyak tersebut.
Smlm lps balik dari bukit ampang, pi shell isi minyak. Aku ingat dia beli mknn utk aku, rupanya utk budak tu ?? My man is the best ??? pic.twitter.com/rb93CkSBhV
— Yun (@ynrazak) November 15, 2016
Rata-rata netizen menyuarakan simpati mereka kepada remaja itu yang dilihat menjalani kehidupan yang sukar walaupun belum dewasa.
Ada juga yang menyatakan mereka terinspirasi ingin membantu orang lain setelah melihat klip video itu.
Sekiranya anda merasakan dunia ini semakin dingin dan kejam, melihat video ini kita merasakan yang nilai kemanusiaan sebenarnya belum pudar dalam masyarakat kita.
Syabas diucapkan kepada lelaki tersebut. –amazingnara.com